Sabtu, 14 April 2007

Lagi Cerita Buku

Alhamdulillah.

Buku kedua yang saya tulis akan menjadi buku saya yang pertama diterbitkan.

Sedangkan buku pertama yang saya siapkan manuskripnya masih lagi di dalam penilaian. Namun saya tidak merasa sedih malah bergembira dan bersyukur kerana akhirnya saya berjaya mendapat melepasi langkah pertama setiap orang penulis baru.

Apakah tahap pertama itu? Tahap pertama itu ialah buku yang pertama terbit.

Kenapa tahap pertama ini penting? Tahap ini penting kerana ia merupakan kejayaan pertama bagi setiap penulis dan ia akan mencorak masa depan beliau sebagai penulis.

Nantikanlah tarikh terbitnya buku itu...

1 ulasan:

Anonymous berkata...

miz made this comment,
Encik Alang,

Tahniah atas kejayaan ini. Mudah-mudahan kejayaan mendatang akan segera menyusul.

Boleh kami tahu, ada apa-apa panduan di dalam buku ini untuk mereka yang sudah pun mempunyai lebih daripada seorang isteri? Terima kasih.
comment added :: {ts '2007-04-01 17:48:02'} GMT+08

alangbidara made this comment,
Terima kasih, Sdr Miz...buku ini buku pertama saya, panduan bagi mereka yang sudah beristeri lebih dari satu, masih sedikit. Ini adalah kerana saya bercadang menulis buku kedua nanti yang akan dimasukkan panduan yang saya cungkil dari seorang pengamal poligami.
comment added :: {ts '2007-04-01 23:57:12'} GMT+08

miz made this comment,
Kami nantikan buku pertama ini dan yang seterusnya (harap ada input dari para isteri dan anak). Selamat menulis.
comment added :: {ts '2007-04-02 18:30:22'} GMT+08