Selasa, 9 Mei 2006

Plaza Tol di Jabal Awlia





Di dalam perjalanan dari Khartoum ke Obaied, kami melepasi Plaza Tol Jabal Awlia yang terletak 40 kilometer dari Khartoum.

Memang kalah la plaza tol ini kalau dibandingkan dengan mana-mana plaza tol di Malaysia. Plaza mereka tak ada kemudahan kedai makan, tempat rehat yang selesa, tandas awam pun amat lah dhaifnya. Kalau ada surau pun sekadar tikar yang siap dibentang di tepi plaza.

Perjalanan 8 jam menaiki Toyota Land Cruiser ini memperlihatkan pemandangan yang menarik dan banyak pengalaman baru bagi saya, di bumi bertuah Sudan ini.

(alang bidara - 9/5/2006)

Plaza Toll di Jabal Awlia





Di dalam perjalanan dari Khartoum ke Obaied, kami melepasi Plaza Tol Jabal Awlia yang terletak 4o kilometer dari Khartoum.

Memang kalah la plaza tol ini kalau dibandingkan dengan mana-mana plaza tol di Malaysia. Plaza mereka tak ada kemudahan kedai makan, tempat rehat yang selesa, tandas awam pun amat lah dhaifnya. Kalau ada surau pun sekadar tikar yang siap dibentang di tepi plaza.

Perjalanan 8 jam menaiki Toyota Land Cruiser ini memperlihatkan pemandangan yang menarik dan banyak pengalaman baru bagi saya, di bumi bertuah Sudan ini.

(alang bidara - 9/5/2006)

Rabu, 5 April 2006

Laut Tenang di Port Sudan



Semasa berada di Port Sudan, saya sempat singgah membeli ikan dan lobster di sebuah jeti nelayan.

Pemandangan laut tenang dan berwarna biru itu sungguh nyaman dan menarik hati.

(alang bidara - 4/4/2006) (di Khartoum)

Bunga Berkembang di Khosti



Kami singgah untuk makan dan solat di Khosti, sebuah pekan yang lazim menjadi tempat persinggahan dalam perjalanan antara Obaied dan Khartoum.

Sempat saya mengambil gambar bunga-bunga yang berkembang mekar di taman sebelah restoran di situ.

Di negara yang berdebu dan panas serta bergurun seperti Sudan ini pun tumbuh-tumbuhan mekar segar jika cukup air.

(alang bidara - 4/4/2006) (di Khartoum)

Lonely Road to Khartoum


It was a long journey from Obaied to Khartoum.

The 600 plus kilometer journey took us 8 hours to finish.

And the road is is most part arid, dusty and lonely.

But I like these lonely patches of the journey.

(alang bidara - 4/4/2006) (at Khartoum)

Selasa, 4 April 2006

Laut tenang di Port Sudan



Semasa berada di Port Sudan, saya sempat singgah membeli ikan dan lobster di sebuah jeti nelayan.

Pemandangan laut tenang dan berwarna biru itu sungguh nyaman dan menarik hati.

(alang bidara - 4/4/2006) (di Khartoum)

Bunga mekar di Khosti



Kami singgah untuk makan dan solat di Khosti, sebuah pekan yang lazim menjadi tempat persinggahan dalam perjalanan antara Obaied dan Khartoum.

Sempat saya mengambil gambar bunga-bunga yang berkembang mekar di taman sebelah restoran di situ.

Di negara yang berdebu dan panas serta bergurun seperti Sudan ini pun tumbuh-tumbuhan mekar segar jika cukup air.

(alang bidara - 4/4/2006) (di Khartoum)

Lonely Road to Khartoum


It was a long journey from Obaied to Khartoum.

The 600 plus kilometer journey took us 8 hours to finish.

And the road is is most part arid, dusty and lonely.

But I like these lonely patches of the journey.

(alang bidara - 4/4/2006) (at Khartoum)

Khamis, 16 Mac 2006

Bandar Miskin Tetapi Selamat

Khartoum sebuah bandar yang tidak mewah. Kebanyakan jalan rayanya sempit, berdebu dan terdapat juga jalan yang tak bertar.

Kita dapat lihat kemiskinan di mana-mana. Namun ianya salah sebuah bandar yang paling selamat di dalam dunia. Kadar jenayah yang amat rendah dan amat kurang berlaku kecurian. (alang bidara - 15/3/2006)

Pengangkutan tradisional di Khartoum



Bila saya melalui jalan-jalan di Khartoum, saya lihat 'sistem' pengangkutan tradisional masih digunakan 'bersebelahan' dengan pengangkutan moden. (alang bidara - 15/3/2006)