Sabtu, 6 Februari 2010

Tiga pruf selesai demi PBAKL 2010


Sudah sebulan daripada tahun 2010 berlalu pergi.

Debaran Pesta Buku Antarabangsa KL 2010 semakin terasa.

Para penulis berdebar-debar menunggu buku mereka terbit dan dipamerkan pada pesta yang ditunggu-tunggu oleh para peminat buku, penerbit serta mereka yang terlibat dalam industri buku.

Para editor yang terlibat menerbitkan buku tentunya merasa debaran yang lebih lagi. Maklumlah, apabila berlaku kesilapan maka tentunya bebanan rasa bersalah bakal menghantui diri sepanjang 2010 pula.

Bagi saya, seorang penulis dari kalangan ratusan penulis PTS, merasa bersyukur dan bertuah kerana tiga buah buku karya saya serta co-writer bakal melestari PBAKL 2010.

Buku Buat Duit Dengan Jaga Budak adalah bersumberkan pengalaman isteri saya dan catatan saya semasa beliau menceburi bidang penjagaan kanak-kanak.

Buku Berbunga Cinta Aisyah di Hati Rasullullah adalah sequel kepada Bagaikan Khadijah Di Hati Rasulullah hasil penulisan saya bersama rakan serta sahabat penulis saya, Saudara Zamri Mohamad. Insya Allah saya akan menjadi duta buku ini dan hati ini begitu berdebar mananti "hari itu" yang sudah ditempah oleh editor PTS Millennia.

Buku Berunding Gaya Nabi adalah buku ketiga saya yang akan dipamerkan semasa pesta buku itu nanti.

Jumpa tuan-tuan dan puan-puan di sana!

1 ulasan:

ideamenulis berkata...

Tahniah! Salam persaudaraan.