Ahad, 28 Februari 2010

Pertemuan dengan rakan pelajar Newark Tech





Ada 30 orang pelajar lelaki dan perempuan yang bertolak meninggalkan Malaysia pada tahun 1977 menuju United Kingdom.

Dari saat itu bermulalah pengalaman mereka sebagai pelajar yang bukan sahaja belajar mata pelajaran GCE 'A' Lebel di Newark Technical College, Nottinghamshire, tetapi juga sebegai pelajar dalam akademi kehidupan seorang manusia di negeri orang.

Semalam, iaitu setelah berlalunya masa selama 33 tahun, 16 orang daripada 30 orang bekas pelajar Malaysia yang berpetualang di bumi Newark itu bertemu sekali lagi di Paya Serai, PJ Hilton.

Sesungguhnya pertemuan itu adalah satu peristiwa nostalgik yang membincangkan seribu, malah sejuta kenangan.

Gambar di atas menunjukkan dua orang daripada pelajar tersebut. Gambar pertama diambil pada tahun 1978 manakala satu lagi dirakamkan pada tahun 2010.

4 ulasan:

YH berkata...

Good job Meran,
Kita baru check demo punya blog.Baguslah.So kita boleh visit lalu.Anyway,the Newark get together was good.Brought back fond memories of the old times that we shared together.
Rgds, Yahaya Mohd Hassan

Imran Yusof berkata...

Yahya,

Good to see you again after 30-plus years.

Yes, fond memories indeed.

Semoga di pertemuan yang lain lebih ramai kawan-kawan kita yang dapat hadir.

Terima kasih kerana berkunjung ke blog saya.

Izanor berkata...

Hati saya tersentuh melihat gambar lama itu. Tak tahu kenapa, seolah terbayang dan terasa seribu pengalaman yang telah dihadapi oleh Tuan Imran.

Semoga memori lalu turut menjadi inti dan nadi di dalam karya-karya yang Tuan Imran hasilkan.

Imran Yusof berkata...

Cik Puan Izanor,

Terima kasih.