Ahad, 28 Jun 2009

Ini rumah impianmu? Siri 1

Mana istana tersergam indah yang kau impikan?
Mana rumah yang kau istilahkan sebagai Little House on the Prairie?
Mana teratak usang dan mana pondok buruk itu?

Mana dia?!
Ini baru kelihatan tanah dari bukit yang dicurah dari lori.

Ini?
Kenapa tanah liat berceceran? Gelong apa itu?

Apa ini?
Perigi?

Tumbuhan apa yang melata di tepi loggokan tanah bukit ini?
Tidak tahu?

Sudah ada buah?
Sudah jadi taman pertanian untuk projek agro tourism?

Mari tenguk dari dekat.... Ya, lagi dekat....
Wah! Mungkinkah kau akan menikmati rasa enak tembikai yang tumbuh di longgokan tanah bukit sebelum kau melihat rumahmu terbina??

Jumaat, 26 Jun 2009

Kenali Pelabuhan: Pelabuhan Kuantan pintu masuk ke pantai timur Semenanjung Malaysia


Pelabuhan Kuantan yang mulai dibina pada tahun 1974, di Tanjung Gelang yang terletak 25 km ke utara bandar Kuantan itu adalah merupakan pintu masuk bagi kawasan gerbang pertumbuhan ekonomi kawasan timur (ECER) Semenanjung Malaysia.

Pelabuhan yang telah diswastakan pada tahun 1998 ini mempunyai kemudahan dermaga sepanjang lebih 3,400 meter bagi pendaratan kargo kontena, minyak sawit, kimia cair dan produk petroleum.

Selain pelabuhan komersil, terdapat juga sebuah pangkalan Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) di Tanjung Gelang.

Selain berperanan sebagai sebuah pelabuhan, Kuantan juga terkenal sebagai sebuah bandar pelancungan di kalangan pelancung tempatan dan luar negara.

Sabtu, 20 Jun 2009

Sekitar Book Talk 20 Jun 2009

Alhamdulillah, pada hari Sabtu, 20 Jun 2009, saya berpeluang berada di MPH Alamanda untuk sesi Book Talk bagi mempromosi buku Bagaikan Khadijah Di Hati Rasulullah, karangan bersama saya dan Tuan Zamri Mohamad.

Walau pun waktu tengah bulan (baca gaji belum terima lagi...), namun sambutan pembaca amat menggalakkan.

Sesi ceramah sering sahaja ditangguhkan demi memberi peluang pembeli mendapatkan tanda tangan. Pelanggan perempuan dan lelaki berumur sekitar 30'an dan kebanyakannya telah berumah tangga.

Terima kasih kepada semua pembeli serta pengunjung yang membelek buku tetapi belum membeli lagi. Sokongan semua amat dihargai, terutama sekali pihak MPH Alamanda, Putrajaya yang sudi menjemput saya bagi sesi book talk dan Tuan Shakir yang mewakili pihak PTS.

Berikut ialah beberapa gambar yang sempat dirakam oleh anak saya, Imah.





























Sabtu, 13 Jun 2009

Sherlock Holmes terjemahan ketiga



Buku koleksi cerpen Sherlock Holmes dalam Bahasa Melayu terbitan PTS yang ketiga akan berada di pasaran tidak lama lagi.

Salah sebuah cerpen dalam koleksi ketiga ini telah saya terjemahkan.

Dengan terbitnya buku ini akan bertambahlah senarai karya asli dan terjemahan saya, dan akan memberikan motivasi kepada saya untuk terus berkarya.

Syukur kepada Allah dan syabas PTS One...

Kisah seorang pelaut



Hari ini saya berpeluang menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan rakan saya semasa di kolej dahulu yang kini menjadi rakan sekerja kerana kami bertugas di syarikat yang sama.

Semasa di majlis yang meriah itu, saya bertemu seorang rakan yang sudah lama tidak saya temui sejak beliau bersara setahun lalu. Beliau kelihatan sihat dan ceria, mungkin kerana beliau sudah tidak lagi dihambat tekanan serta bebanan tugas kerja yang sering mencuri keceriaan dari wajah beliau.

Beliau adalah antara orang lama dalam bidang maritim. Beliaulah antara pelaut di kalangan bumiputra yang boleh diberikan taraf pioneer dalam syarikat kapal pedagang tempat beliau bertugas.

Saya percaya sekiranya sejarah hidup serta kerjaya beliau dibukukan, novel itu sudah pasti menarik.

Jumaat, 12 Jun 2009

Sherlock Holmes terjemahan ketiga



Koleksi cerpen Sherlock Holmes versi Bahasa Melayu terbitan PTS One yang ketiga akan muncul di pasaran tidak lama lagi.

Alhamdulillah, salah satu cerpen dalam buku itu ialah terjemahan saya.

Semoga dalam koleksi keempat, saya akan sempat menterjemahkan cerpen yang seterusnya

Selasa, 9 Jun 2009

Halaqah bicara Bagaikan Khadijah Di Hati Rasulullah



Suatu forum perbincangan online maya sedang hangat membincangkan beberapa topik dari buku tulisan saya dan Saudara Zamri Mohamad.




Untuk mengikuti forum Halaqah online membincangkan buku Bagaikan Khadijah Di Hati Rasulullah sila baca DI SINI.

Isnin, 8 Jun 2009

Bagaikan Khadijah Di Hati Rasulullah dibincang di blog orang muda



Saudara Zamri telah mengesan perbincangan para bloggers muda mengenai kandungan buku Bagaikan Khadijah Di Hati Rasulullah.

Syabas dan tahniah kepada para bloggers yang sudi berbincang kandungan buku karangan bersama saya dan Saudara Zamri.

Perbincangan di maya blog itu boleh diikuti DI SINI.

Untuk membaca buku Bagaikan Khadijah Di Hati Rasulullah, dapatkannya di kedai-kedai buku yang menjual buku terbitan PTS, seperti MPH, Borders, dan lain-lain lagi.

Sabtu, 6 Jun 2009

11 buah kapal dibekukan khidmat



Pada hari Isnin, 1 Jun lalu, syarikat perkapalan Malaysia, MISC Berhad dilaporkan akan menarik diri dari pakatan Grand Alliance yang memberikan khidmat perkapalan kontena bagi laluan dagangan Eropah, Atlantik, Pasifik serta Mediterranean mulai 1 Januari 2009, kerana sektor ini tidak lagi memberikan keuntungan bagi syarikat itu.

Tiga lagi ahli pakatan Grand Alliance itu ialah Hapag-Lloyd, Nippon Yussen Kaisha dan Orient Overseas Container Line Ltd. Pakatan ini menyediakan 140 buah kapal dagang, dengan keupayaan mengangkut 2,000 hingga 9,000 TEU (unit kontena berukuran 20 kaki)untuk mengangkut kargo yang dimuat dalam kontena.

Daripada jumlah itu pihak MISC menyediakan tujuh buah kapal dalam pakatan Grand Alliance.

Baca berita selanjutnya DI SINI.

[Gambar di atas ialah pemandangan dari Kampung Sungai Tuang, sebuah kampung pesisiran pantai berhampiran Akademi Laut Malaysia (ALAM) yang menunjukkan 11 buah kapal yang dibekukan khidmat dan di simpan di kawasan anchorage pantai Tanjung Dahan, Melaka]

Tajaan kadet Akademi Laut (ALAM) menurun



Tajaan kadet di Akademi Laut Malaysia(ALAM) merosot sebanyak 20 hingga 25 peratus pada tahun ini, ekoran kemerosotan ekonomi dunia yang juga menurunkan kegiatan perkapalan.

Kadar ini dianggap rendah berbanding dengan kadar menguncupnya aktiviti perkapalan komersil.

Ada laporan menyebut sejumlah 485 kapal jenis kontena yang bersamaan dengan 1.42 juta TEU (unit kontena berukuran 20 kaki) dari seluruh dunia, dibekukan khidmat.

Menurut Tuan M. Adthisaya Ganesen, ketua pegawai eksekutif ALAM, pihak syarikat perkapalan yang membiayai kadet yang dilatih untuk menjadi pegawai jabatan dek dan enjin telah mengambil sikap berjimat cermat.

Walau bagaimana pun, tetapi pihak syarikat perkapalan menyedari perlunya kesinambungan latihan untuk mengisi keperluan sumber manusia yang akan menyokong industri kapal dagang, sebab itulah kita mengalami kemerosotan hanya pada sekitar 20 hingga 25 peratus.

Berita selanjutnya boleh dibaca DI SINI.

Rabu, 3 Jun 2009

Pesta buku Read Malaysia 2009 (catatan ke-2)




Pada hari Sabtu, 30 Mei yang lalu saya berpeluang muncul pada majlis "Bersama Penulis" di pesta Read Malaysia yang sedang berlangsung di MIECC, Mines, Seri Kembangan.

Semasa 'sesi bual' saya dengan Tuan Aizat, kelihatan seorang pengunjung memerhatikan saya dengan teliti.

Selepas sesi tamat, saya lihat beliau bergegas ke rak buku terbitan PTS Profesional. Selesai sahaja beliau membayar wang, beliau meminta tanda tangan saya pada buku The Art of Closing the Sale dan The Psychology of Selling.

Kedua-dua buku tersebut ialah karya perunding serta bekas jurujual Amerika yang terkenal, iaiatu Brian Tracy.

Pembeli dan bakal pembaca kedua buku itu memperkenalkan diri beliau. Encik Johari berasal dari Kelantan seperti saya juga.

Semoga beliau berpuas hati membaca kedua-dua buku edisi Bahasa Melayu, hasil terjemahan saya itu.

Mungkin bumbung stadium runtuh kerana...



Sudah lama blog ini tidak saya kemaskini, jadi sebagai tindakan permulaan bagi menghidupkan semula 'semangat mengemaskini blog' maka saya ingin berkongsi maklumat mengenai satu peristiwa yang mengejutkan yang telah berlaku beberapa hari sudah.

Peristiwa apakah itu? Ya, bumbung stadium di Gong Badak di Trengganu telah runtuh. Baru sahaja beberapa tahun berlalu bumbung stadium yang baru dibina itu runtuh.

Apakah sebab bumbung itu runtuh? Pelbagai pendapat telah dikemukakan oleh pelbagai pihak.

Ada yang kata binaan bumbung itu tidak mengikut spefikasi, manakala pendapat lain yang dikemukakan ialah kerana ribut. Malah mungkin ada juga yang berpendapat ada konspirasi atau sabotaj sehingga bumbung itu runtuh.

Apa pun puncanya, kita tunggu hasil siasatan pihak yang berwajib mengenai kejadian ini. Ini bermakna sebuah suruhanjaya bebas harus ditubuhkan terlebih dahulu bagi membuat siasatan.

Akan tetapi secara peribadi saya tertarik dengan gambar di atas yang saya petik dari blog ini apabila blogger membuat ulasan kelakar mengenai kejadian itu.

Selamat membaca..!