Selasa, 27 November 2007

Putih







Kucing ini kami berikan nama "Putih" kerana bulunya berwarna putih.

Kira-kira sebulan lepas semasa anak saya, Hanisah pulang ke rumah, seekor kucing berwarna putih temah mengikutnya pulang ke rumah.

Semasa saya duduk di muka pintu kucing kelihatan jinak sekali dan masuk ke dalam rumah. Saya ambil kucing itu dan meribanya. Tiba-tiba dia membengkokkan badannya seolah-olah berada dalam kesakitan.

"Mungkinkah kucing ini hendak beranak?" tanya saya kepada isteri saya.

"Yalah, bang mungkin dia nak beranak. Nampak sarat saja perutnya."

Saya mengambil kotak dan beberapa helai kain dan meletakkan kucing itu ke dalam kotak itu ke sudut di depan rumah.

Memang betul, dia menahan kesakitan beranak. Tidak lama lepas itu dia beranak. Tiga ekor anak. Hanisah menelefon kawannya yang sukakan kucing, mengatakan seekor kucing ikutnya balik dan beranak di rumah kami. Kawan Hanisah kata, "Jauhkan anak-anak kucing itu dari Lego, sebab mungkin Lego akan membunuh anak kucing itu."

(..bersambung..)

0 ulasan: