Ahad, 14 Januari 2007

Lagi Perkembangan Menarik Di Somalia

Apabila pihak UIC mengambil alih ibu negara Mogadishu setelah mengalahkan pihak militia yang disokong oleh Amerika, mereka membuka pelabuhan dan lapangan antarabangsa dan mewujudkan suasana keamanan di dalam kawasan kawalan mereka.

Tetapi sekarang setelah pihak TFG disokong oleh tentera Ethiopia (Habsyah) masuk ke Mogadishu setelah pihak UIC berundur dari bandar-bandar yang dahulunya mereka kuasai, pihak TFG mengumumkan undang-undang darurat pula.

Bukan setakat itu sahaja, malah telah ada suara-suara sumbang yang mencadangkan agar Somalia disatukan dengan Ethiopia [baca ditakluk oleh Ethiopia] pula.

Apakah pihak Etiopia berharap dapat menjinakkan Somalia setelah pihak Amerika gagal dengan berakhirnya episod Black Hawk Down yang mengorbankan 18 anggota tenteranya dahulu itu?

Adakah rakyat Somalia dapat menerima penjajahan Ethiopia dengan tangan terbuka disertai hamparan permaidani merah?

Sama-samalah kita ikuti perkembangan di negara Horn of Afrika itu.

0 ulasan: