Khamis, 9 November 2006

Hamas Umumkan Gencatan Senjata Sudah Beakhir

Setelah sebuah keluarga mati terbunuh akibat serangan peluru berpandu regim haram Israel, Hamas mengumumkan bahawa mereka akan memberi respons dengan tindakan bukan perkataan.

Kita memang telah menduga perkara yang seumpama itu akan berlaku juga akhirnya, kerana setiap kesabaran ada batasnya dan setiap tindakan jahat tidak boleh dibiarkan berleluasa.

Hamas tetap akan menjadi pembela umat Palestin dan tidak akan mementingkan kekuasaan sehingga mengorbankan hak rakyat Palestin mempertahankan diri.

Perkara ini kelihatan seolah-olah masih belum difahami oleh pihak Fatah.

Maka tidak dapat tidak, pertembungan akan berlaku di antara Hamas dan Fatah.

3 ulasan:

Anonymous berkata...

ya, setiap sesuatu itu ada hadnya. mana mungkin darah mangsa yang tidak berdosa hendak dibiarkan mengalir sia2.

Anonymous berkata...

Tuan Alang,
Fatah sudah patah, terlalu ikut telunjuk Barat dan sarat dengan rasuah. Banyak pengajaran boleh diambil dari sejarah Fatah. Terutama sekali pelajaran politiknya.

Halwa Romantis

Naimisa berkata...

Tuan Alang, seorang injiniur.

macam pernah bersua di alam nyata.

-:) tk.