Sabtu, 25 April 2009

Pesta Buku PBAKL 2009



Pada hari Khamis, 23 April yang lalu saya berada di hadapan gerai PTS di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 (PBAKL 2009) dalam satu majlis mempromosi buku karangan saya, antaranya ialah Meredah Samudera.

Terima kasih kepada para pengunjung dan para pembaca yang sudi berkunjung ke sana dan kepada pembaca yang sudi membeli atau membaca buku 'Meredah Samudera.'

Sempat berkunjung tiga kali ke pesta buku tahun ini

Timbunan buku disediakan sebagai persediaan menunggu para pengunjung tegar buku Bahasa Melayu yang akan menyerbu gerai PTS sebentar lagi.

Buku karya mentor jurujual tersohor, Brian Tracy, yang telah saya terjemahkan ke Bahasa Melayu menghiasi salah satu daripada rak di gerai 72 - 79.

Buku karangan bersama saya dan Saudara Zamri Mohamad yang berjudul 'Bagaikan Khadijah Di Hati Rasulullah, dapat dilihat di celah-celah buku karangan para penulis terkenal PTS.

Beberapa buah buku karya serta terjemahan saya disusun di meja ketika segmen yang membariskan saya dengan penulis novel remaja, Kusyi Hirdan.

Saya dan Kusyi Hirdan sedang tersenyum mendengar celoteh yang menarik dari Tuan Alif Firdaus yang mengumumkan kehadiran kami di depan gerai PTS.

Anak saya, Imah, mengambil peluang untuk bergambar dengan salah seorang penulis pujaan beliau, Kusyi Hirdan.

Salah seorang pengunjung gerai PTS, Cik Azzah Abdul Rahman, telah bergambar dengan saya dengan buku terjemahan saya, The Art of Closing the Sale, karya Brian Tracy. Beliau juga telah berpeluang membaca buku 'Bagaikan Khadijah Di Hati Rasulullah' dan antara komen beliau mengenai buku itu ialah: "Untuk pengetahuan En Imran, buku Bagaikan Khadijah Di Hati Rasulullah itu menarik minat ibu dan kakak saya, sehingga ibu meminjam buku itu dari saya dan kakak pula membelinya..."

Pengunjung yang membelek buku Di Bawah Payung Aishah


Antara pengunjung ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL 2009) yang datang ke gerai PTS.

Mereka sempat membelek buku 'Di Bawah Payung Aishah: Tip-Tip Poligami' dan kemudian berlalu pergi.

Saya percaya mereka datang ke gerai itu kemudian untuk membeli buku itu serta buku sebuah lagi mengenai poligami yang diterbitkan oleh PTS, iaitu 'Bahagia Dengan Poligami.'

Terima kasih serta syabas kerana sudi membelek buku saya ketika saya berada di meja penulis hari itu.

Kusyi Hirdan pun ada juga pada hari itu bagi mempromosi novel-novel karangan beliau.

Suasana Pesta Buku PBAKL 2009 (5)

Hari ini saya dibariskan bersama Kusyi Hirdan, penulis novel remaja yang tidak asing lagi di kalangan peminat novel remaja PTS-One.

Waktu masih awal pagi, jadi kelihatan pengunjung baru mulai sampai berhampiran gerai no. 72 - 79, iaitu gerai PTS.

Salah seorang pelajar sekolah sekolah yang berjaya menjawab quiz bagi para pengunjung gerai PTS.

Seorang lagi pelajar sekolah yang berjaya menjawab quiz yang dianjurkan bagi para pengunjung gerai PTS. Secara kebetulan nama pelajar ini ialah Ali Imran, hampir sama dengan nama saya.

Mengambil kesempatan bergambar dengan Tuan Osman Affan, motivator pelajar sekolah yang terkenal di kalangan pelajar, ibu bapa dan guru-guru.

Suasana Pesta Buku PBAKL 2009 (4)



Pada hari Rabu, 22 April saya dan saudara Zamri Mohamad diraikan oleh PTS Millennia di segmen penulis bersama pembaca bagi Pesta Buku Antarabangsa KL 2009.

Selain beberapa buku karya beliau dan karya saya, buku utama yang dipromosi pada sesi hari ini ialah buku 'Bagaikan Khadijah Di Hati Rasulullah' iaitu tulisan saya dan Zamri.

Gambar yang dipamerkan di sini ialah gambar yang diambil pada pesta tahun lalu, kerana gambar untuk pesta tahun ini belum didapati dari pihak yang mengambil gambar pada hari itu lagi.

Khamis, 23 April 2009

Lagi tentang pilihan saya



Hari ini kali kedua saya hadir di majlis penulis yang diseliakan oleh Tuan Alif Firdaus, PTS-One.

Walau pun tujuan asal ialah untuk mempromosikan buku terjemahan Sherlock Holmes yang saya usahakan bersama beberapa orang penulis lain, namun oleh kerana buku itu kehabisan stok dan menunggu untuk dicetak semula, maka buku saya yang lain diletakkan atas meja untuk dipromosikan.

Kali ini saya dibariskan bersama Kusyi Hirdan, penulis novel remaja yang tidak asing lagi bagi peminat novel remaja PTS.

Dua peristiwa kecil pula hari ini yang sekali lagi melibatkan buku Di Bawah Payung Aishah.

Pertama, seorang perempuan bertubung serta seorang lelaki (tentu suaminya) berketayap membelek buku itu di depan meja saya. Dia bertanya, "Encik sudah bersiteri empat?"

Saya menjawab, "Belum lagi."

Beliau membelek lagi dan selepas itu meletakkan semula buku itu dan beredar dari situ.

Peristiwa kedua, dua orang wanita, seorang bertudung, manakala seorang lagi tidak, telah melintas di depan meja kami sambil menoleh ke arah buku itu. Yang bertudung berkata, "Ya Allah! Tip-Tip Poligami?!"

"Should be banned!" kata yang tidak bertudung. ("Patut diharamkan!"). Kedua-duanya beredar tanpa singgah di meja kami.

Peristiwa hari ini juga membuat saya berfikir tentang beberapa pilihan yang ada pada saya...

Rabu, 22 April 2009

Apa pilihan saya?



Hari ini saya dan Saudara Zamri diberi peluang oleh PTS menjadi 'tetamu' PTS, iaitu hadir di majlis bertemu di gerai PTS sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 di PWTC.

Buku utama yang dipromosi ialah yang berjudul 'Bagaikan Khadijah Di Hati Rasulullah.' Oleh kerana ada beberapa buah lagi buku kami yang sudah diterbitkan oleh PTS, maka Cik Syikin telah bermurah hati meletakkan semua buku karya kami untuk dipromosi.

Antara buku yang dipamerkan ialah buku pertama saya 'Di Bawah Payung Aishah.'

Beberapa orang pelajar sekolah serta pembaca dewasa telah membeli buku dan meminta tanda tangan saya dan Saudara Zamri.

Tidak lama kemudian seorang pengunjung wanita, yang memakai tudung labuh, telah bertanya kepada saya, "Adakah encik mengamalkan poligami?"

Saya menjawab, "Saya belum lagi berpoligami."

Katanya, "Saya terlibat dengan poligami. Orang yang belum berpoligami tidak akan tahu secara mendalam tentang poligami. Jadi kalau tulis pun, mungkin tidak serupa dengan perkara sebenar."

Saya tidak menjawab.

Sehingga sekarang saya masih memikirkan kata-kata pengunjung itu, iaitu apakah pilihan yang ada untuk saya sekarang:

(A) Terus tidak berpoligami serta teruskan mempromosi buku itu
(B) Berpoligami dan mempromosikan buku itu
(C) Berpoligami dan menulis buku lain.

Saya masih belum membuat keputusan.

Selasa, 21 April 2009

Pesta Buku PBAKL 2009



Buku karangan Saudara Zamri dan saya terdampar di celah-celah beribu-ribu buku yang dipamirkan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009.

Untuk baca entri saya lain mengenai pesta buku tahun ini sila klik DI SINI.

Suasana Pesta Buku PBAKL 2009 (3)


Sungguh ramai peminat yang hadir di pelancaran buku terbaru Ain Maisarah. Para pelajar remaja serta ibu bapa pun ada juga.



Anak saya, Imah, pun bernasib baik kerana terpilih menerima salah satu hadiah saguhati dari Ain Maisarah.

Suasana Pesta Buku PBAKL 2009 (2)


Sempat juga ambil gambar penulis ngetop PTS, Dr Danial. Gambar Sdr Ikram PTS Millennia agak blur, maklumlah ambil gambar di celah-celah orang ramai.


Anak saya sedang memilih buku. Akan tetapi ini baru pusingan pengenalan. Apabila tiba 23 haribulan, nanti kena hulur dompet kepada dia lagi...!!

Suasana Pesta Buku PBAKL 2009



Semasa berkunjung di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 di PWTC pada hari Sabtu 18 April yang baru lalu, inilah sebahagian daripada gambar suasana yang sempat dirakamkan.

Memang ramai orang. Hendak pilih buku pun terpaksa bersesak-sesak.

Harap tiada yang sesak nafas!!!

Jumaat, 17 April 2009

Bagaimana anak kapal Maersk Alabama melawan lanun



Anak kapal Maersk Alabama yang diberitakan berjaya menewaskan gerombolan lanun yang cuba menawan kapal itu.

Kemudian gerombolan lanun itu melarikan diri dengan bot penyelamat dari kapal itu serta menculik nakhoda sebagai tebusan.

Bebarapa hari kemudian pasukan khas dari tentera laut Amerika berjaya menyelamatkan nakhoda setelah rundingan gagal membuahkan hasil. Tiga lanun mati ditembak dan seorang lagi cedera dalam operasi itu.

Sebuah blog telah menyiarkan emel dari salah seorang anak kapal itu yang memberikan gambaran sebenar apa yang berlaku semasa lanun cuba merapas kapal itu.

Sila baca DI SINI.

Isnin, 13 April 2009

Lanun: pembela atau perompak



Selalunya kita mendengar dan membaca kisah kumpulan manusia yang menahan dan merampas serta menculik para pelaut dari sebelah pihak sahaja.

Suatu kisah menarik apabila kita membaca kisah sejarah lanun dari sudut pandangan yang berbeza.

Baca DI SINI.

Nakhoda Maersk Alabama selamat



Nakhoda kapal kontena Maersk Alabama, Kapten Richard Phillips, berjaya diselamatkan setelah penembak sniper tentera laut Amerika berjaya menumpaskan tiga daripada empat orang lanun yang menahan nakhoda itu. Tiga orang lanun ditembak mati, manakala seorang lagi diberkas.

Kejadian itu berlaku setelah pasukan laut khas Amerika, SEAL, melancarkan operasi menyerang kerana situasi semasa dalam 'keadaan sangat mengancam nyawa' ketika kedua pihak berunding mengenai pembebasan nakhoda itu.

Berita lanjut boleh di baca DI SINI dan DI SINI.

Ahad, 12 April 2009

Perancis berjaya, Amerika masih gagal



Dua peristiwa penting berlaku pada 10 April yang baru lalu di perairan Somalia.

Pertama, pihak tentera laut Perancis berjaya membebaskan kapal mewah jenis yatch, The Tanit milik warga Perancis, Florent Lemacon. Operasi serangan mekad itu dijalankan setelah rundingan antara pihak Perancis dengan gerombolan lanun yang menahan kapal The Tanit itu gagal dan gerombolan lanun mengancam hendak membunuh para tebusan.

Walau pun berjaya membebaskan kapal itu, tetapi Florent Lemacon terbunuh dalam operasi serangan itu. Dua orang lanun ditembak mati, manakala tiga orang lagi berjaya diberkas.

Sementara itu Kapten Richard Phillips, nakhoda kapal kontena Maersk Alabama yang ditahan gerombolan lanun dalam sebuah bot penyelamat terjun ke laut dalam percubaan melarikan diri dari pihak gerombolan. Namun begitu beliau ditangkap semula oleh gerombolan dan sehingga kini masih ditahan sebagai tebusan.

Baca lagi tentang kisah ini DI SINI.

Khamis, 9 April 2009

Anak kapal kuasai semula kapal yang dirampas lanun



Kapal milik syarikat kapal Maersk yang diberi nama Maersk Alabama, berjaya dikuasai semula oleh anak kapal hasil tindakan nekad mereka merampas semula kapal itu dalam satu drama pertarungan antara kedua pihak itu di perairan luar pantai timur Afrika Rabu lalu.

Terdahulu daripada itu gerombolan lanun itu cuba merampas kapal kontena seberat 17,000 tonne yang dikendalikan oleh 21 orang anak kapal warga Amerika itu.

Walau bagaimana pun, gerombolan itu menculik nakhoda kapal itu semasa melarikan diri dengan bot penyelamat dari Maersk Alabama.

Antara kargo yang dimuat dalam kapal itu ialah 400 kontena berisi bantuan makanan untuk pelarian Somalia dan Uganda.

Kisah ini boleh didapati DI SINI.

Selasa, 7 April 2009

Dari dua bukit sampai ke sungai




Hari ini
kita baru bermula
dari bukit berkembar
mencari kedamaian

Malam ini
di sini
dari dua bukit
perjuangan kita
sudah bermula

Tanggal 7 April 2009 ini
tarikh keramat
buat rakyat marhein
dan para mustad'affin
bersumpah setia

Nantikan pertempuran
yang ke-13
kita gempur
semua 222

Dari bukit
hingga ke sungai
membawa panji-panji
kemenangan
dengan izin Allah.

(Nota: sungai juga dikenali sebagai 'batang air' oleh sesetengah suku kaum)

Isnin, 6 April 2009

Ops Siakap di pagi Sabtu




Setelah 'bercuti' beberapa lama akhirnya saya berpeluang juga untuk menyertai Ops Siakap bersama Alias.

Anak saya Hafiz pun ikut sama.

Oleh kerana terlalu seronok mendapat peluang mengintai siakap di Kolam Pancing Batu 30 Ulu Yam itu, saya boleh terlupa membawa umpan udang yang sudah siap terbungkus dari peti sejuk di rumah.

Walau bagaimana pun, nasib baik jugalah kerena pihak tuan punya kolam ada menyediakan umpan udang, dengan bayaran serendah RM3.00 sahaja.

Alhamdulillah, berbaloi juga hasil pagi Sabtu lalu. Alias berjaya merembat satu ekor, manakala saya pula menawan dua ekor siakap yang bersaiz sederhana.

Sehingga bertemu lagi di kolam ini di lain kali.

(Nota: gambar ini ialah dari album yang lepas, sebab kamera digital saya masih dibawa oleh anak saya ke IPTA).

Ops Siakap di pagi Sabtu




Setelah 'bercuti' beberapa lama akhirnya saya berpeluang juga untuk menyertai Ops Siakap bersama Alias.

Anak saya Hafiz pun ikut sama.

Oleh kerana terlalu seronok mendapat peluang mengintai siakap di Kolam Pancing Batu 30 Ulu Yam itu, saya boleh terlupa membawa umpan udang yang sudah siap terbungkus dari peti sejuk di rumah.

Walau bagaimana pun, nasib baik jugalah kerena pihak tuan punya kolam ada menyediakan umpan udang, dengan bayaran serendah RM3.00 sahaja.

Alhamdulillah, berbaloi juga hasil pagi Sabtu lalu. Alias berjaya merembat satu ekor, manakala saya pula menawan dua ekor siakap yang bersaiz sederhana.

Sehingga bertemu lagi di kolam ini di lain kali.

(Nota: gambar ini ialah dari album yang lepas, sebab kamera digital saya masih dibawa oleh anak saya ke IPTA).

Jumaat, 3 April 2009

Saya akan ke Pesta Buku PBAKL 2009



Memang saya tunggukan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009.

Malah sebelum ini pun sudah dua tahun berturut-turur saya berkunjung ke pesta buku ini, iaitu tahun 2007 dan 2008.

Semalam saya menerima panggilan telefon dari Tuan Alif Firdaus dari PTS One memaklumkan slot penulis semasa PBAKL 2009 untuk saya akan disediakan oleh PTS One pada 23 April. Saya telah bersetuju untuk hadir meraikan pesta itu.

Hari ini pula saya menerima panggilan telefon dari Cik Syikin dari PTS Millennia pula yang memaklumkan slot saya yang disediakan oleh PTS Millennia ialah pada 22 April, iaitu sehari sebelum slot yang disediakan oleh PTS One.

Maknanya saya akan ke pesta itu dua hari berturut-turut demi meraikan slot yang disediakan. Itu belum termasuk hari untuk slot yang mungkin disediakan oleh PTS Islamika dan PTS Profesional.

Apa pun, saya pasti anak-anak saya tidak akan melepaskan peluang 'menebuk lubang yang luas' pada dompet saya pada tahun ini!

Bagi penulis, pembaca serta peminat buku serta peminat sastera tidak akan melepaskan peluang untuk bersama-sama memeriahkan satu acara tahunan yang paling penting dalam jadual para penggerak dalam industri buku tanah air.

JUMPA DI SANA!

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009



Setiap kali diadakan Pesta Buku Anarabangsa Kuala Lumpur, setiap kali pula para pelajar sekolah akan menanti pesta buku yang terbesar di negara ini.

Memang para pelajar menanti-nantikan acara tahunan ini kerana mungkin itulah satu-satunya peluang mereka menatap buku kegemaran mereka serta ibu bapa menyediakan wang khusus untuk mereka berbelanja membeli buku yang mereka sukai.

Pesta tahun 2009 ini akan diadakan dari 17 hingga 26 April di PWTC, iaitu di waktu tengah bulan yang boleh dikira waktu 'poket kering' oleh para ibu bapa yang bekerja makan gaji.

Bagi pelajar yang ibu bapa mereka bekerja sendiri, ini tidak menjadi masalah.

Apa pun pesta ini berakhir pada 26 April, jadi bagi pelajar yang ibu bapa mereka menerima gaji pada 23 haribulan, masih sempat membeli buku, walau pun mungkin terlepas peluang bertemu dengan penulis yang mereka minati sekiranya penulis itu diberikan slot sebelum tarikh tersebut.

Sila baca lagi DI SINI.

Rabu, 1 April 2009

Menawan jenahak




Setiap pengail sudah pasti tidak akan melupakan jenahak pertama yang ditawannya, sebagaimana setiap penggemar ikan tidak akan melupakan jenahak pertama yang dimakannya.

Bagi saya, kali pertama ialah ketika saya mula berjinak-jinak dengan hobi memancing. Ketika itu saya bersama beberapa orang rakan pengail telah mengail di perairan Selat Melaka. Perjalanan ke lokasi memancing dengan bot kotak dari jeti Sungai Besar, Selangor memakan masa lebih kurang tiga jam.

Saya bukanlah orang yang pertama menaikkan jenahak pada malam itu, tetapi Bakar yang membuka tirai dengan seekor jenahak seberat lebih kurang lima kilogram. Tidak lama selepas itu, kail saya ditarik ikan...

Pegang! Jaga! Kriikk.... dan TARIK!

Sudah terkena. Pada ketika itulah baru saya merasakan keseronokan menarik kail yang ada ikan jenahak di hujungnya. Memang tidak dapat dilupakan perasaan serta segala otot tangan dan perut seperti kejang rasanya. Nafas pun semakin kencang.

Selepas bertarung hampit 10 minit lamanya, kelihatan seekor jenahak terdampar di tepi bot. Setelah tekong menaikkan ikan itu dengan menggunakan sauk, baru tahu berat ikan itu sekitar enam kilogram.

Mulai dari saat itu saya suka mengail jenahak. Boleh dikatakan setiap bulan saya mengikut rakan-rakan seperti Talib, Bakar, Ismail dan lain-lain rakan untuk memancing jenahak.

Malah bukan setakat memancing jenahak, menikmati isi jenahak pun menjadi suatu kemestian. Kalau tidak dapat yang pancing sendiri, yang dipancing orang lain (baca - beli di pasar...!!!) pula menjadi hidangan masakan.

Semuanya sedap: masak kari, lemak cili api, kukus, bakar dalam daun pisang, kukus, masam manis, malah goreng begitu sahaja pun sedap juga.

Ikan jenahak memang lazat.

Menawan jenahak




Setiap pengail sudah pasti tidak akan melupakan jenahak pertama yang ditawannya, sebagaimana setiap penggemar ikan tidak akan melupakan jenahak pertama yang dimakannya.

Bagi saya, kali pertama ialah ketika saya mula berjinak-jinak dengan hobi memancing. Ketika itu saya bersama beberapa orang rakan pengail telah mengail di perairan Selat Melaka. Perjalanan ke lokasi memancing dengan bot kotak dari jeti Sungai Besar, Selangor memakan masa lebih kurang tiga jam.

Saya bukanlah orang yang pertama menaikkan jenahak pada malam itu, tetapi Bakar yang membuka tirai dengan seekor jenahak seberat lebih kurang lima kilogram. Tidak lama selepas itu, kail saya ditarik ikan...

Pegang! Jaga! Kriikk.... dan TARIK!

Sudah terkena. Pada ketika itulah baru saya merasakan keseronokan menarik kail yang ada ikan jenahak di hujungnya. Memang tidak dapat dilupakan perasaan serta segala otot tangan dan perut seperti kejang rasanya. Nafas pun semakin kencang.

Selepas bertarung hampit 10 minit lamanya, kelihatan seekor jenahak terdampar di tepi bot. Setelah tekong menaikkan ikan itu dengan menggunakan sauk, baru tahu berat ikan itu sekitar enam kilogram.

Mulai dari saat itu saya suka mengail jenahak. Boleh dikatakan setiap bulan saya mengikut rakan-rakan seperti Talib, Bakar, Ismail dan lain-lain rakan untuk memancing jenahak.

Malah bukan setakat memancing jenahak, menikmati isi jenahak pun menjadi suatu kemestian. Kalau tidak dapat yang pancing sendiri, yang dipancing orang lain (baca - beli di pasar...!!!) pula menjadi hidangan masakan.

Semuanya sedap: masak kari, lemak cili api, kukus, bakar dalam daun pisang, kukus, masam manis, malah goreng begitu sahaja pun sedap juga.

Ikan jenahak memang lazat.

Presiden Sudan melawat Arab Saudi selepas Qatar



Sejak hari Ahad 29 Mac yang lalu, Presiden Omar al-Bashir barada di Doha, Qatar untuk menghadiri persidangan Liga Arab.

Hari ini beliau berada ke Arab Saudi pula untuk lawatan serta mengerjakan umrah.

Sebelum ini telah diberitakan ada pihak yang menyarankan beliau tidak keluar Sudan kerana dibimbangi pihak ICC akan menahan beliau berikutan pihak itu mengeluarkan waran tangkap terhadap beliau kononnya atas kesalahan pembunuhan beramai-ramai di Darfur.

Pengambilan kadet 2009




Akademi Laut Malaysia (ALAM) telah membuka peluang untuk para pelajar lepasan SPM/SPVM yang berminat dengan kerjaya maritim untuk memohon untuk mengikuti Cadet Sponsorship Program di akademi itu sekarang.

Semua permohonan perlu dibuat dengan menggunakan borang yang disediakan di alam web ALAM dan borang yang siap diisi mesti dipulangkan melalui emel.

Akan tetapi para pelajar harus bersegera, kerana tarikh tutup ialah 3 April 2009.

Borang boleh didapati DI SINI.