Isnin, 6 April 2009

Ops Siakap di pagi Sabtu




Setelah 'bercuti' beberapa lama akhirnya saya berpeluang juga untuk menyertai Ops Siakap bersama Alias.

Anak saya Hafiz pun ikut sama.

Oleh kerana terlalu seronok mendapat peluang mengintai siakap di Kolam Pancing Batu 30 Ulu Yam itu, saya boleh terlupa membawa umpan udang yang sudah siap terbungkus dari peti sejuk di rumah.

Walau bagaimana pun, nasib baik jugalah kerena pihak tuan punya kolam ada menyediakan umpan udang, dengan bayaran serendah RM3.00 sahaja.

Alhamdulillah, berbaloi juga hasil pagi Sabtu lalu. Alias berjaya merembat satu ekor, manakala saya pula menawan dua ekor siakap yang bersaiz sederhana.

Sehingga bertemu lagi di kolam ini di lain kali.

(Nota: gambar ini ialah dari album yang lepas, sebab kamera digital saya masih dibawa oleh anak saya ke IPTA).

6 ulasan:

klerbox berkata...

caya la bro...ktorang pun layan siakap jugak....tp kat kolam bidong je cnr punya siakap...

Imran Yusof berkata...

Sdr Klerbox,

Memang best layan siakap.... cara dia menyambar dan berlawan memang class...

:)

Zafri b. Zakaria Merican berkata...

Salam bro. Sy dah bbrp kali p kolam bt 30 ni tp tewas. Walaupun cam hero bila di laut dlm tp slalu tewas di kolam2 siakap nih kecuali di sealion. Blm pernah kecewa lg stakat nih insyaallah. Blh x bg bbrp tip on dia punye rig utk siakap kt bt 30 ni. Mata apa & no brp pakai. Ladung brp gram, leader brp cm. Slalu sgt kecewa kt sini. Hustler kat kolam ni plak kedekut ilmu. Hahahaha

tokey berkata...

Asalamulaikum
mai shopping alat pancing on-line kat
http://tokey-fishing-tackle.blogspot.com/

Anonymous berkata...

Salam Sdr Imran,

Saya ingin membuat satu cadangan. Kalau boleh saudara Imran dapatkan info tentang aktiviti memancing kat Kelong. Tak kira lah dekat ke jauh ke. Bukan apa saja nak kongsi pengetahuan..

sebi_2569 berkata...

beautiful blog, bravo