Rabu, 22 April 2009

Apa pilihan saya?



Hari ini saya dan Saudara Zamri diberi peluang oleh PTS menjadi 'tetamu' PTS, iaitu hadir di majlis bertemu di gerai PTS sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 di PWTC.

Buku utama yang dipromosi ialah yang berjudul 'Bagaikan Khadijah Di Hati Rasulullah.' Oleh kerana ada beberapa buah lagi buku kami yang sudah diterbitkan oleh PTS, maka Cik Syikin telah bermurah hati meletakkan semua buku karya kami untuk dipromosi.

Antara buku yang dipamerkan ialah buku pertama saya 'Di Bawah Payung Aishah.'

Beberapa orang pelajar sekolah serta pembaca dewasa telah membeli buku dan meminta tanda tangan saya dan Saudara Zamri.

Tidak lama kemudian seorang pengunjung wanita, yang memakai tudung labuh, telah bertanya kepada saya, "Adakah encik mengamalkan poligami?"

Saya menjawab, "Saya belum lagi berpoligami."

Katanya, "Saya terlibat dengan poligami. Orang yang belum berpoligami tidak akan tahu secara mendalam tentang poligami. Jadi kalau tulis pun, mungkin tidak serupa dengan perkara sebenar."

Saya tidak menjawab.

Sehingga sekarang saya masih memikirkan kata-kata pengunjung itu, iaitu apakah pilihan yang ada untuk saya sekarang:

(A) Terus tidak berpoligami serta teruskan mempromosi buku itu
(B) Berpoligami dan mempromosikan buku itu
(C) Berpoligami dan menulis buku lain.

Saya masih belum membuat keputusan.

1 ulasan:

Anonymous berkata...

tengok2 ada keinginan kan....biasalah lelaki