Setiap kali diadakan Pesta Buku Anarabangsa Kuala Lumpur, setiap kali pula para pelajar sekolah akan menanti pesta buku yang terbesar di negara ini.
Memang para pelajar menanti-nantikan acara tahunan ini kerana mungkin itulah satu-satunya peluang mereka menatap buku kegemaran mereka serta ibu bapa menyediakan wang khusus untuk mereka berbelanja membeli buku yang mereka sukai.
Pesta tahun 2009 ini akan diadakan dari 17 hingga 26 April di PWTC, iaitu di waktu tengah bulan yang boleh dikira waktu 'poket kering' oleh para ibu bapa yang bekerja makan gaji.
Bagi pelajar yang ibu bapa mereka bekerja sendiri, ini tidak menjadi masalah.
Apa pun pesta ini berakhir pada 26 April, jadi bagi pelajar yang ibu bapa mereka menerima gaji pada 23 haribulan, masih sempat membeli buku, walau pun mungkin terlepas peluang bertemu dengan penulis yang mereka minati sekiranya penulis itu diberikan slot sebelum tarikh tersebut.
Sila baca lagi
DI SINI.
1 ulasan:
Sdr Paan Lee,
Daripada 10 hari itu, tentunya boleh diluangkan sehari atau dua hari untuk menjelajah gerai-gerai di sana... :)
Catat Ulasan