Seorang pemimpin puak pejuang Somalia, Sheikh Sharif Ahmad telah menyeru supaya kesemua para tebusan dan kapal yang ditahan di negara itu dibebaskan tanpa syarat.
Beliau mengecam tindakan pihak yang menyerang serta merampas kapal serta menjadikan para anak kapal sebagai tebusan. Sepanjang tahun ini sudah hampir 100 buah kapal diserang puak lanun di perairan Somalia dan Teluk Aden. Dari jumlah itu 40 telah dirampas, dan hampir separuh daripadanya masih ditahan berserta hampir 300 orang anak kapal masih menjadi orang tebusan. Kisah lanjut boleh dibaca
DI SINI.
Sementara itu kapal milik Yemen telah dibebaskan tanpa dibayar wang tebusan, berikutan rundingan antara pihak berkuasa tempatan, pemimpin puak dan pihak perampas. Ini merupakan satu-satunya kes yang seperti ini. Kisah lanjut boleh diikuti
DI SINI.
Di arena politik antarabangsa, pihak Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) telah meluluskan penggunaan kekerasan bagi melawan puak lanun. Walau pun begitu pihak Blog Meredah Samudera masih mengambil sikap 'tunggu dn lihat' terhadap perkembangan ini. Ini ialah kerana kita masih belum pasti sama ada pihak kuasa-kuasa besar yang menguasai UNSC benar-benar ikhlas memerangi lanun atau ada agenda tersembunyi bagi menguasai perairan Somalia dan rantau Asia Barat. Cerita ini boleh dibaca
DI SINI.
Dalam perkembangan yang lain sekumpulan lanun telah mengejar serta menghalang perjalanan sebuah kapal di perairan 10 batu nautika dari Pulau Tioman. Ikuti cerita lanjut
DI SINI.
Cabaran ini akan sentiasa terpaksa dilalui oleh para pelaut yang mengharung lautan dan meredah samudera.
0 ulasan:
Catat Ulasan