Rabu, 24 Disember 2008

Hobyo bebas lanun




Hobyo adalah sebuah pekan terpencil di wilayah Gamudug di Somalia tengah yang dulunya menjadi kubu persembunyian gerombolan lanun yang merampas kapal dagang di perairan Somalia dan Teluk Aden.

Pada hari Ahad lalu Hobyo jatuh ke tangan pejuang pro-Islam setelah berlaku pertempur sengit di antara kedua belah pihak. Penduduk tempatan pekan itu menceritakan gerombolan lanun itu lari setelah tidak dapat bertahan dengan serangan bertubi-tubi para pejuang itu.

Pada tahun 2006 dahulu pun semasa pihak Union of Islamic Court memerintah Somalia, Hobyo bebas dari lanun. Akan tetapi setelah pihak tentera Ethiopia dengan sokongan Amerika dan pihak Transitional Federal Government (TFG) menyerang Somalia dan menyebabkan pihak pejuang UIC berundur dari pekan dan bandar, gerombolan lanun muncul semula.

Kini Hobyo sekali lagi bebas dari lanun. Majoriti warga Hobyo menyokong pihak pejuang pro-Islam kerana mereka sedar apabila pejuang menguasai pekan itu, mereka aman dari gangguan lanun.

Kita tunggu dan lihat, adakah pihak barat dan Amerika akan menyokong pihak pejuang atau pihak lanun?

0 ulasan: