Memaparkan catatan dengan label lanun Somalia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label lanun Somalia. Papar semua catatan

Jumaat, 4 Jun 2010

Siapa lebih lebih jahat dan siapa lebih berperikemanusiaan?

Seorang kapten kapal mati apabila gerombolan lanun Somalia menembaknya semasa pasukan pengawal pantai Puntland, wilayah autonomi di Somalia menyerbu QSM Dubai, kapal yang gerombolan lanun itu rampas.

Berita lanjut DI SINI.

Berbelas-belas, malah mungkin mencecah puluhan orang aktivis mati apabila gerombolan tentera Zionis, laknatullah, menyerang Mavi Marmara, kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza di perairan antarabangsa, 65 batu nautika dari pantai Gaza. Malah saksi mata mengatakan gerombolan ganas itu mencampakkan aktivis yang cedera ke dalam laut.

Berita lanjut DI SINI.

Semoga dari dua peristiwa yang berasingan ini menjelaskan lagi kepada warga dunia siapa yang lebih jahat dan siapa yang lebih berperikemanusiaan...

Khamis, 9 Julai 2009

'Kalau tidak bayar kami akan seksa anak kapal!'

"Sekiranya wang tebusan tidak dibayar, kami akan memukul dan menyiksa anak kapal!"

Begitulah ugutan dari salah seorang ahli gerombolan lanun Somalia.

Dalam berkembangan terbaru yang dilaporkan oleh sumber Lloyd's List, ugutan tersebut adalah tektik rundingan terbaru yang digunakan oleh gerombolan lanun bagi menekan pihak syarikat kapal supaya membayar wang tebusan mengikut jumlah yang mereka tuntut.

Pihak Pertubuhan Maritim Antarabangsa(IMO), melalui ketua keselamatan maritim pertubuhan itu, apabila ditanya mengenai perkembangan terbaru ini berkata, "Amatlah tidak sesuai bagi pihak sekretariat IMO memberi komen berdasarkan cakap-cakap penjenayah. Apa yang penting ialah kerjasama pihak pemerintah Somalia (TFG) dengan para pemimpin puak bagi mengurangkan pengaruh gerombolan lanun dalam masyarakat Somalia bagi menghalang para pemuda Somalia menyertai gerombolan lanun."

Baca kisah ini di Llloyds List DI SINI.

Isnin, 15 Disember 2008

Kapal Greek dibebaskan lanun, tiga anak kapal dikhuatiri mati




Kapal jenis chemical tanker, MT Action, milik Greece telah dibebaskan oleh gerombolan lanun pada hari Sabtu, demikian kata satu sumber dari pejabat maritim Kenya.

Sumber itu juga menyebut tiga orang anak kapal dikhuatiri meninggal dunia dalam keadaan penuh mencurigakan.

Pada bulan Ogos lalu, kapa MT Bunga Melati Dua, milik syarikat Malaysia, MISC Berhad telah dirampas lanun di perairan Somalia, yang mengakibat seorang anak kapal warga Filipina meninggal dunia.

Demikianlah cabaran yang terpaksa diharungi oleh para pelaut yang meredah samudera di perairan Somalia dan Teluk Aden, suatu laluan paling bahaya bagi kapal dagang ketika ini.

Sabtu, 6 Disember 2008

Perkembangan kisah lanun



Seorang pemimpin puak pejuang Somalia, Sheikh Sharif Ahmad telah menyeru supaya kesemua para tebusan dan kapal yang ditahan di negara itu dibebaskan tanpa syarat.

Beliau mengecam tindakan pihak yang menyerang serta merampas kapal serta menjadikan para anak kapal sebagai tebusan. Sepanjang tahun ini sudah hampir 100 buah kapal diserang puak lanun di perairan Somalia dan Teluk Aden. Dari jumlah itu 40 telah dirampas, dan hampir separuh daripadanya masih ditahan berserta hampir 300 orang anak kapal masih menjadi orang tebusan. Kisah lanjut boleh dibaca DI SINI.

Sementara itu kapal milik Yemen telah dibebaskan tanpa dibayar wang tebusan, berikutan rundingan antara pihak berkuasa tempatan, pemimpin puak dan pihak perampas. Ini merupakan satu-satunya kes yang seperti ini. Kisah lanjut boleh diikuti DI SINI.

Di arena politik antarabangsa, pihak Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) telah meluluskan penggunaan kekerasan bagi melawan puak lanun. Walau pun begitu pihak Blog Meredah Samudera masih mengambil sikap 'tunggu dn lihat' terhadap perkembangan ini. Ini ialah kerana kita masih belum pasti sama ada pihak kuasa-kuasa besar yang menguasai UNSC benar-benar ikhlas memerangi lanun atau ada agenda tersembunyi bagi menguasai perairan Somalia dan rantau Asia Barat. Cerita ini boleh dibaca DI SINI.

Dalam perkembangan yang lain sekumpulan lanun telah mengejar serta menghalang perjalanan sebuah kapal di perairan 10 batu nautika dari Pulau Tioman. Ikuti cerita lanjut DI SINI.

Cabaran ini akan sentiasa terpaksa dilalui oleh para pelaut yang mengharung lautan dan meredah samudera.

Khamis, 18 September 2008

Mengapa lanun berleluasa di perairan Somalia?








Untuk menjawab soalan ini mari kita lihat sepintas lalu sejarah ringkas Somalia.

Menurut sejarah Somalia adalah negara Islam yang bernaung di bawah Khilafah Osmaniyah Turki sebelum dijajah oleh Itali dan Inggeris. Panggilan resmi mengikut Bahasa Arab ialah Jumhūriyyat aṣ-Ṣūmāl.

Bahagian utara Somalia, juga dikenali sebagai British Somaliland dijajah oleh Inggeris mulai tahun 1886, manakala bahagian selatan, yang dipanggil Italian Somaliland dijajah olehItali pada tahun 1889.

Berikutan Perang Dunia Kedua, Inggeris merampas seluruh Somalia pada tahun 1949. Rakyat Somali bangkit berjuang menentang penjajah Inggeris dan Itali dalam suatu pertarungan yang panjang sehingga British Somaliland mencapai merdeka pada tahun 1960 dan Italian Somaliland merdeka pada tahun 1965.

Kerajaan Somalia dipimpin oleh Presiden Abdirashid Ali Shermarke memerintah sehingga berlaku rampasan kuasa pada tahun 1969 yang diketuai oleh General Siad Barre and Ketua Polis Jama Korshel.

Pada tahun 1977 dan 1978 Somalia berperang dengan Ethiopia dalam apa dinamakan sebagai Perang Ogaden. Tentera hampir menang dalam perang itu, tetapi Soviet Union dan Cuba membantu Ethiopia dan Somalia tewas.

Masyarakat Somalia lebih mementingkan kuasa puak-puak masing-masing (clan-based) daripada kuasa kerajaan yang memerintah.

Pada tahun 1991 kerajaan Somalia pimpinan General Siad Barre digulingkan. Selepas daripada peristiwa itu, Somalia melalui peperangan saudara yang lama. Akibatnya rakyat Somalia menghadapi krisis kekurangan makanan, sehingga akhirnya pada tahun 1992, pihak PBB (UN) menghantar pasukan pengaman untuk menjalankan operasi United Nations Operation in Somalia I (UNOSOM I).

Namun kemasukan tentera pangaman UNOSOM itu tidak disenangi oleh puak-puak militia yang menguasai ibu negara Somalia, Mogadishu, lalu berlakulah pertempuran antara puak militia dan tentera pengaman. Antara yang terkorban ialah anggota tentera dari Pakistan. Kemuncak pertempuran ialah apabila sebuah helikopter tentera Amerika Syarikat ditembak jatuh pada bulan Oktober 1993, yang mengakibatkan 1,000 anggota militia Somalia dan 18 orang tentera Amerika terbunuh. Episod pertempuran ini digambarkan dalam filem Hollywood Black Hawk Down.

Akibat perang saudara yang berlarutan maka Puntland, wilayah sebelah timur laut Somalia mengisytiharkan kemerdekaan. Wilayah tenggara dipegang oleh kerajaan peralihan yang dipanggil Transitional Federal Government(TFG).

Pada awal tahun 2006 konflik berlaku lagi dan kali ini di antara pihak Islamic Courts Union (ICU) pimpinan Sheikh Sharif Ahmed dan pihak warlord Mogadishu yang dikenali sebagai the Alliance for the Restoration of Peace and Counter-Terrorism (ARPCT).

Pihak ICU telah beberapa kali mengatakan ARPCT diberi bantuan kewangan dan senjata oleh Amerika kononnya atas alasan memerangi keganasan sejagat (global terrorism).

Pada bulan Jun 2006, pihak ARPCT dikalahkan oleh pihak ICU. Mogadishu mengalami keamanan buat seketika berkat kebijaksanaan pentadbiran pihak ICU.

Walau bagaimana pun keamanan ini tidak dapat dikecapi lama oleh rakyat Somalia. Pada akhir bulan Disember 2006, tentera Ethiopia menyerang posisi ICU di Mogadishu dan sekitarnya. Pihak ICU berundur dari Mogadishu dan bandar yang di selatan Somalia, Kismayo dan selepas itu meneruskan perjuangan melalui taktik perang gerila sehingga sekarang.

Banyak pihak mengatakan anggota militia warlord (ARPCT) terlibat dalam kegiatan lanun yang menyerang dan merampas kapal dagang yang melalui perairan Somalia.

Semasa ICU berkuasa di kawasan yang dikuasainya, mereka berjaya mengawal kegiatan lanun kerana dikatakan puak warlord dapat dikawal. Pihak ICU telah dapat mentadbir dengan baik dan dilihat sebagai kerajaan.

Namun setelah kalahnya pihak ICU dalam percaturan politik dan ketenteraan Somalia, maka anggota pihak warlord bermaharaja semula. Kegiatan lanun meningkat.

Somalia mempunyai kawasan pantai yang panjang, iaitu jarak di antara bandar Berbera yang di utara Somalia dan Kismayo di sebelah selatan ialah lebih daripada 3,000 kilometer.

Somalia yang tiada kerajaan maka perairan di sepanjang pantai 3,000 kilometer telah menjadi seolah-olah kawasan bebas melanun.

(Akan datang: Apa penyelesaian jangka panjang bagi memerangi kegiatan lanun di perairan Somalia?)