Pada hari Ahad, 21 Disember 2008 barulah saya dapat menggunakan kekili dan joran yang saya beli di kedai peralatan pancing di Batu 30 Ulu Yam ketika pertama kali diperkenalkan oleh Alias ke arena memancing ikan siakap di kolam bayar di sana.
Memang puas hati menggunakan kekili dan joran yang berjenama. Ungkapan 'kalah membeli menang memakai' memang relevan dalam hal ini.
Dengan joran
one-piece dan kekili senyap itu, berserta dengan tali monofilamen dengan kekuatan 12 paun yang sederhana harganya pun, dengan pantas dan lancar sahaja saya dapat menaikkan dua ekor siakap bersaiz lebih 1 kilogram.
Sayangnya Alias tidak dapat turun pada kali ini bagi merayakan hari saya 'mendapat lesen' di kolam bayar itu. Akan tetapi Haizat pula yang bernasib baik meraikan detik yang bersejarah itu.
Haizat pun dapat menaikkan dua ekor ikan siakap, menjadikan jumlah hasil kami 4 ekor.
2 ulasan:
kalau tak keberatan bole upload mesin ngan rod? brand pe yang alah mebeli menang memakai ni?
Sdr Kelam Terang Bulan,
Saya sudah upload gambar ini dahulu, ini link entri itu:
http://batuladung.blogspot.com/2008/10/sejarah-berulang.html
Catat Ulasan