Jumaat, 26 Disember 2008

Parkman Agro Kebun Besepadu







Pada petang Khamis, 25 Disember saya bersama Haizat dan dua orang lagi rakan sepejabat berpeluang meninjau sebuah kebun yang diusahakan oleh Pak Man di Kanchong Darat, Banting, Selangor.

Kamaruzaman Dahlan atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Man mengusahakan ladang Parkman Agro sejak lapan tahun yang lalu selepas beliau bersara awal dari jawatan sebagai seorang pengurus di sebuah kilang milik Jepun bagi menumpukan perhatian kepada projek itu.

Dari projek cacing, selain membekalkan cacing untuk pasaran, beliau mengeluarkan baja organik dari hasil tanah yang sudah dikitar semula oleh cacing. Baja ini dikatakan sangat baik untuk semua jenis tanaman kerana tidak mengandungi bahan kimia.

Tambahan daripada cacing dan baja organik, beliau juga mengusahakan tanaman sayur yang semuanya disuburkan dengan baja organik keluaran itu.

Selepas lawatan itu, saya percaya Haizat dan rakan-rakan sedang ligat memikirkan cara bagaimana untuk memulakan projek cacing dan baja organik serta ternakan ikan.

Untuk bacaan lanjut tentang Parkman Agro sila baca DI SINI dan
DI SINI.

2 ulasan:

rastom berkata...

Hai Tuan Imran, entri pasal agro dan teknik organik memang saya suka...buku Sherlock Holmes 2 tu dah keluar kah? Ada cerita saya atau tidak? Inilah nasib tinggal jauh dari kota, sampai tak tahu apa apa....

Imran Yusof berkata...

Tuan Rastom,

Sherlock Holmes 2 sudah terbit. Karya penterjemah ialah saya. Yang dua orang lagi penterjemah perempuan.

Saya agak karya tuan akan terbit bersama SH-3.

Jangan putus asa, tuan.