Jumaat, 26 Disember 2008

Satu buku lagi hasil terjemahan saya



Alhamdulillah, sebuah lagi buku karangan Brian Tracy yang saya terjemahkan dari bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu, akan diterbitkan oleh PTS Profesional tidak lama lagi.

Ini merupakan buku Brian Tracy yang kedua yang saya usahakan dengan kerjasama penerbit PTS Profesional.

Terima kasih tidak terhingga kepada team PTS Profesional yang telah memberikan kepercayaan kepada saya untuk menambah sebuah buku lagi ke khazanah Bahasa Melayu; dan kepada mentor penulisan saya, Puan Ainon Mohd, yang telah memperkenalkan erti perjuangan memandaikan bangsa.

Parkman Agro Kebun Besepadu







Pada petang Khamis, 25 Disember saya bersama Haizat dan dua orang lagi rakan sepejabat berpeluang meninjau sebuah kebun yang diusahakan oleh Pak Man di Kanchong Darat, Banting, Selangor.

Kamaruzaman Dahlan atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Man mengusahakan ladang Parkman Agro sejak lapan tahun yang lalu selepas beliau bersara awal dari jawatan sebagai seorang pengurus di sebuah kilang milik Jepun bagi menumpukan perhatian kepada projek itu.

Dari projek cacing, selain membekalkan cacing untuk pasaran, beliau mengeluarkan baja organik dari hasil tanah yang sudah dikitar semula oleh cacing. Baja ini dikatakan sangat baik untuk semua jenis tanaman kerana tidak mengandungi bahan kimia.

Tambahan daripada cacing dan baja organik, beliau juga mengusahakan tanaman sayur yang semuanya disuburkan dengan baja organik keluaran itu.

Selepas lawatan itu, saya percaya Haizat dan rakan-rakan sedang ligat memikirkan cara bagaimana untuk memulakan projek cacing dan baja organik serta ternakan ikan.

Untuk bacaan lanjut tentang Parkman Agro sila baca DI SINI dan
DI SINI.

Rabu, 24 Disember 2008

Hobyo bebas lanun




Hobyo adalah sebuah pekan terpencil di wilayah Gamudug di Somalia tengah yang dulunya menjadi kubu persembunyian gerombolan lanun yang merampas kapal dagang di perairan Somalia dan Teluk Aden.

Pada hari Ahad lalu Hobyo jatuh ke tangan pejuang pro-Islam setelah berlaku pertempur sengit di antara kedua belah pihak. Penduduk tempatan pekan itu menceritakan gerombolan lanun itu lari setelah tidak dapat bertahan dengan serangan bertubi-tubi para pejuang itu.

Pada tahun 2006 dahulu pun semasa pihak Union of Islamic Court memerintah Somalia, Hobyo bebas dari lanun. Akan tetapi setelah pihak tentera Ethiopia dengan sokongan Amerika dan pihak Transitional Federal Government (TFG) menyerang Somalia dan menyebabkan pihak pejuang UIC berundur dari pekan dan bandar, gerombolan lanun muncul semula.

Kini Hobyo sekali lagi bebas dari lanun. Majoriti warga Hobyo menyokong pihak pejuang pro-Islam kerana mereka sedar apabila pejuang menguasai pekan itu, mereka aman dari gangguan lanun.

Kita tunggu dan lihat, adakah pihak barat dan Amerika akan menyokong pihak pejuang atau pihak lanun?

Selasa, 23 Disember 2008

Alah membeli menang memancing!




Pada hari Ahad, 21 Disember 2008 barulah saya dapat menggunakan kekili dan joran yang saya beli di kedai peralatan pancing di Batu 30 Ulu Yam ketika pertama kali diperkenalkan oleh Alias ke arena memancing ikan siakap di kolam bayar di sana.

Memang puas hati menggunakan kekili dan joran yang berjenama. Ungkapan 'kalah membeli menang memakai' memang relevan dalam hal ini.

Dengan joran one-piece dan kekili senyap itu, berserta dengan tali monofilamen dengan kekuatan 12 paun yang sederhana harganya pun, dengan pantas dan lancar sahaja saya dapat menaikkan dua ekor siakap bersaiz lebih 1 kilogram.

Sayangnya Alias tidak dapat turun pada kali ini bagi merayakan hari saya 'mendapat lesen' di kolam bayar itu. Akan tetapi Haizat pula yang bernasib baik meraikan detik yang bersejarah itu.

Haizat pun dapat menaikkan dua ekor ikan siakap, menjadikan jumlah hasil kami 4 ekor.

Alah membeli menang memancing!




Pada hari Ahad, 21 Disember 2008 barulah saya dapat menggunakan kekili dan joran yang saya beli di kedai peralatan pancing di Batu 30 Ulu Yam ketika pertama kali diperkenalkan oleh Alias ke arena memancing ikan siakap di kolam bayar di sana.

Memang puas hati menggunakan kekili dan joran yang berjenama. Ungkapan 'kalah membeli menang memakai' memang relevan dalam hal ini.

Dengan joran one-piece dan kekili senyap itu, berserta dengan tali monofilamen dengan kekuatan 12 paun yang sederhana harganya pun, dengan pantas dan lancar sahaja saya dapat menaikkan dua ekor siakap bersaiz lebih 1 kilogram.

Sayangnya Alias tidak dapat turun pada kali ini bagi merayakan hari saya 'mendapat lesen' di kolam bayar itu. Akan tetapi Haizat pula yang bernasib baik meraikan detik yang bersejarah itu.

Haizat pun dapat menaikkan dua ekor ikan siakap, menjadikan jumlah hasil kami 4 ekor.

Isnin, 15 Disember 2008

Kapal Greek dibebaskan lanun, tiga anak kapal dikhuatiri mati




Kapal jenis chemical tanker, MT Action, milik Greece telah dibebaskan oleh gerombolan lanun pada hari Sabtu, demikian kata satu sumber dari pejabat maritim Kenya.

Sumber itu juga menyebut tiga orang anak kapal dikhuatiri meninggal dunia dalam keadaan penuh mencurigakan.

Pada bulan Ogos lalu, kapa MT Bunga Melati Dua, milik syarikat Malaysia, MISC Berhad telah dirampas lanun di perairan Somalia, yang mengakibat seorang anak kapal warga Filipina meninggal dunia.

Demikianlah cabaran yang terpaksa diharungi oleh para pelaut yang meredah samudera di perairan Somalia dan Teluk Aden, suatu laluan paling bahaya bagi kapal dagang ketika ini.

Jumaat, 12 Disember 2008

Enam Kali Baca: Faedah sampingan membuat terjemahan



Pada tahun 2007 saya menterjemah buku karangan Tuan Brian Tracy yang berjudul The Psychology of Selling dan tahun ini saya menterjemah buku yang ditulis oleh pengarang yang sama yang bertajuk The Art of Closing the Sale.

Sebagaimana yang difahami oleh semua penterjemah, dalam proses kita menterjemahkan sesebuah buku, kita akan membaca keseluruhan buku itu sekurang-kurangnya enam kali.

Dua kali semasa menterjemah teks sumber kepada teks sasaran. Kita perlu membaca buku itu dalam teks asal dan dalam teks yang telah diterjemah.

Dua kali semasa semasa menyemak draf manuskrip terakhir sebelum kita menyerahkannya kepada editor.

Dua kali semasa editor memulangkan proof manuskrip dalam bentuk lay out buku yang akan diterbitkan.

Ini bermakna paling kurang kita membaca buku itu tiga kali dalam teks asal dan tiga kali dalam teks yang telah diterjemah.

Oleh kerana kita membaca buku berulang-ulang kali, sedikit sebanyak kita akan memperoleh satu faedah sampingan setelah selesai kerja, iaitu kita mendapat ilmu yang terkandung dalam buku itu.

Andaikata kita menterjemah beberapa buah buku dalam bidang yang serupa atau bidang yang sangat berkaitan antara satu sama lain, maka tidak mustahil kita dapat mengumpul bahan yang banyak dalam yang berbentuk kad-kad yang beratus-ratus bilangannya.

Dengan menggunakan teknik 'kad & jalan cerita' dalam kaedah KJ Method, kita boleh menghasilkan beberapa buah buku karya kita.

Yang paling istimewa, walau pun kita menggunkan idea buku orang lain untuk menghasilkan buku kita, dengan kecekapan menyusun semula semua 'kad' tersebut mengikut 'jalan cerita' kita sendiri, karya kita itu tidak melanggar undang-undang hak cipta.

Selasa, 9 Disember 2008

Alias menawan 3 ekor siakap





Salam semua. Sebelum cuti Raya Aidil Adha, minggu lepas (Sabtu – 7/12/2008) saya sempat lepas gian memancing siakap di Batu 30, Ulu Yam. Sehari sebelum tu ada juga ajak Haizat & Ammran untuk pergi sama tapi mereka tak dapat pergi sebab ada hal. Tapi sebab semangat nak memancing maka sorang pun jadikkkk pergi.

Sampai di sana lebih kurang pukul 08:45 pagi. Sebelum tu ingat nak pergi awal sikit (pukul 7:00am) tapi kerana terlajak bangun lewat gara-gara sbb tidur lewat maka tiba pun bukan on time le.

Sampai di sana orang dah ramai (+- 20 orang). Mula melilau mencari tempat sesuai tapi banyak tempat yang strategik dah penuh. Akhirnya nampak tempat lama yang biasa duduk dulu. Maka mula le melabuhkan joran dengan harapan. Layan punya layan lebih kurang 3 jam maka ini lah hasilnya, 3 ekor siakap kecundang di tangan saya. He he he..ada sesiapa berminat nak turun Sabtu atau minggu ni?

Alias menawan 3 ekor siakap





Salam semua. Sebelum cuti Raya Aidil Adha, minggu lepas (Sabtu – 7/12/2008) saya sempat lepas gian memancing siakap di Batu 30, Ulu Yam. Sehari sebelum tu ada juga ajak Haizat & Ammran untuk pergi sama tapi mereka tak dapat pergi sebab ada hal. Tapi sebab semangat nak memancing maka sorang pun jadikkkk pergi.

Sampai di sana lebih kurang pukul 08:45 pagi. Sebelum tu ingat nak pergi awal sikit (pukul 7:00am) tapi kerana terlajak bangun lewat gara-gara sbb tidur lewat maka tiba pun bukan on time le.

Sampai di sana orang dah ramai (+- 20 orang). Mula melilau mencari tempat sesuai tapi banyak tempat yang strategik dah penuh. Akhirnya nampak tempat lama yang biasa duduk dulu. Maka mula le melabuhkan joran dengan harapan. Layan punya layan lebih kurang 3 jam maka ini lah hasilnya, 3 ekor siakap kecundang di tangan saya. He he he..ada sesiapa berminat nak turun Sabtu atau minggu ni?

Isnin, 8 Disember 2008

Banjir Lubuk China di Aidil Adha

Semasa memandu pulang ke Lembah Kelang selepas behari raya di kampung, kami melalui pekan Lubuk China, Melaka.

Bulatan di hadapan Balai Polis Lubuk China ditenggelami air dan ditutup kepada laluan trafik. Kenderaan dilencungkan melalui jalan yang selamat. Saya jarang sekali berpeluang mengambil gambar suasana banjir.

Secara kebetulan pula hari ini saya membawa kamera digital saya. Maka saya tidak melepaskan peluang untuk merakamkan beberapa gambar buat tatapan pengunjung blog ini yang budiman.

Beberapa orang penduduk tempatan mengharungi air berhampiran bulatan pekan Lubuk China.

Kawasan sekitar medan selera dan replika keris dinaiki air dari Sungai Rembau yang melimpah.

Taman permainan kanak-kanak juga hampir tenggelam.

Taman permainan kanak-kanak dari sudut yang berbeza.

Bulatan pekan Lubuk China dari sudut pandangan dari jauh, berhampiran papan tanda.

Beberapa orang penduduk tempatan memerhati suasana banjir, seolah-olah satu pesta.

Sedikit kesesakan lalu lintas.

Seorang petugas dari pihak berkuasa tempatan berkawal sekatan jalan raya.

Catatan pengukur paras banjir.

Seorang penduduk tempatan menjaring ikan.

Beberapa buah rumah penduduk tempatan (Lubuk China, Negri Sembilan) yang dinaiki air.

Sabtu, 6 Disember 2008

Perkembangan kisah lanun



Seorang pemimpin puak pejuang Somalia, Sheikh Sharif Ahmad telah menyeru supaya kesemua para tebusan dan kapal yang ditahan di negara itu dibebaskan tanpa syarat.

Beliau mengecam tindakan pihak yang menyerang serta merampas kapal serta menjadikan para anak kapal sebagai tebusan. Sepanjang tahun ini sudah hampir 100 buah kapal diserang puak lanun di perairan Somalia dan Teluk Aden. Dari jumlah itu 40 telah dirampas, dan hampir separuh daripadanya masih ditahan berserta hampir 300 orang anak kapal masih menjadi orang tebusan. Kisah lanjut boleh dibaca DI SINI.

Sementara itu kapal milik Yemen telah dibebaskan tanpa dibayar wang tebusan, berikutan rundingan antara pihak berkuasa tempatan, pemimpin puak dan pihak perampas. Ini merupakan satu-satunya kes yang seperti ini. Kisah lanjut boleh diikuti DI SINI.

Di arena politik antarabangsa, pihak Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) telah meluluskan penggunaan kekerasan bagi melawan puak lanun. Walau pun begitu pihak Blog Meredah Samudera masih mengambil sikap 'tunggu dn lihat' terhadap perkembangan ini. Ini ialah kerana kita masih belum pasti sama ada pihak kuasa-kuasa besar yang menguasai UNSC benar-benar ikhlas memerangi lanun atau ada agenda tersembunyi bagi menguasai perairan Somalia dan rantau Asia Barat. Cerita ini boleh dibaca DI SINI.

Dalam perkembangan yang lain sekumpulan lanun telah mengejar serta menghalang perjalanan sebuah kapal di perairan 10 batu nautika dari Pulau Tioman. Ikuti cerita lanjut DI SINI.

Cabaran ini akan sentiasa terpaksa dilalui oleh para pelaut yang mengharung lautan dan meredah samudera.

Khamis, 4 Disember 2008