Apabila kita berkarya di blog kita sebenarnya mempromosi karya dan diri kita sendiri sebagai pengarang dan seseorang yang mempunyai wibawa dalam bidang yang kita tulis.
Ketika saya mula menulis di blog
MEREDAH SAMUDERA ini tujuan utama saya ialah mempromosi novel
MEREDAH SAMUDERA, sebuah novel kerjaya profesional di bidang angkatan laut perdagangan. Pembaca yang disasarkan ialah pelajar sekolah.
Hari ini apabila saya memantau pesanan, komen dan senarai pengunjung melalui ruangan
Comment,
Chatbox dan juga
Feedjit saya mendapat dorongan dan motivasi untuk terus berkarya di blog. Memang ada pengunjung dan pembaca yang tidak saya bayangkan akan membaca dan memberikan komen.
Tinggilah harapan blogging akan terus menjadi aktiviti harian saya.
0 ulasan:
Catat Ulasan