Pihak tentera laut India telah berjaya menenggelamkan sebuah kapal yang dipercayai menjadi kapal induk kepada bot-bot lanun yang melakukan serangan terhadap kapal-kapal dagang perairan di luar pantai Somalia.
Kejadian kejar-mengejar dan tembak-menembak itu berlaku di perairan Teluk Aden, apabila kapal perang India,
INS Tabar, yang beroperasi dari luar pantai Oman menyekat sebuah kapal yang menyerupai kapal yang disyaki menjadi kapal induk lanun.
Sebaik sahaja pegawai dari
INS Tabar mengarahkan kapal tersebut berhenti untuk digeledah, puak lanun telah melepaskan tembakan ke arah
INS Tabar.
Anggota tentera laut India itu telah membalas tembakan ke arah kapal lanun itu dan akibatnya beberapa letupan telah berlaku di atas kapal lanun itu, yang dipercayai simpanan peluru kapal lanun itu meletup apabila terkena tembakan, sehingga menenggelamkan kapal lanun itu.
Inilah julung kali pihak berkuasa berjaya menewaskan lanun dalam pertempuran.
Serangan lanun bertambah nekad sejak kebelakangan ini kerana hasilnya lumayan dan pihak lanun sering berjaya mendapat wang tebusan yang dibayar oleh pihak syarikat kapal dagang yang kapalnya ditawan lanun. Mereka sering terlepas dan tiada tindak balas dari pihak berkuasa antarabangsa.
Sebelum kejadian ini gerombolan lanun telah merampas sebuah kapal
supertanker MT Sirius Star milik syarikat syarikat Saudi, Aramco. Tidak sampai 48 jam selepas itu, tiga buah kapal lagi dirampas lanun.
Masyarakat antarabangsa kelihatan seolah-olah tidak berdaya dalam menghadapi cabaran dari puak dan gerombolan lanun ini.
Sumber:
Yahoo News
0 ulasan:
Catat Ulasan