Ahad, 16 November 2008

Suatu petang di Kuala Sepetang



Saya pernah terbaca posting di blog Tuan Mohamad Kholid Hamzah (Nota Dari Laut - PTS) dan beberapa posting lagi di blog orang lain mengenai mee udang Kuala Sepetang.

Apa yang bagus dengan mee udang Kuala Sepetang?

Ada apa dengan mee udang Kuala Sepetang?

Secara kebetulan semasa ke utara tanah air untuk mengambil anak saya pulang dari sebuah IPTA, saya teringat tentang Kuala Sepetang.

Baiklah, saya fikir. Ini peluang baik untuk saya alami sendiri suasana Kuala Sepetang, yang mana nama lamanya ialah Port Weld, dan merasai sendiri mee udang Kuala Sepetang.

Beginilah beberapa pemandangan yang sempat dirakamkan oleh LensaCabe4 di sekitar Kuala Sepetang, Daerah Kerian, Perak. (16.11.2008).















4 ulasan:

Stab Stone berkata...

Udang ka yang sedap atau kuah mee nya yang lazat.....emmmmmm

Imran Yusof berkata...

Sdr Ismail Hashim,

Kesemua elemen dalam masakan mee udang itu sedap, tetapi kena cuba sendiri baru boleh disahkan.

Ldesierra Nur berkata...

Assalamualaikum~
Saudara,
Kuala Sepetang terletak dalam daerah Larut, Matang dan Selama, bukan daerah Kerian.

Imran Yusof berkata...

Alaikumsalam Sdr Ldsierra,

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saudara kerana sudi membetulkan fakta saya.

Saya memohon maaf kepada para pembaca atas kesilapan fakta itu.