Selepas beberapa lama kononnya menahan diri dan setelah gagal meminta seorang ulama terkenal menyerah diri, tentera Pakistan di bawah arahan Musharaf telah menyerbu masuk ke Masjid Merah.
Akibat pertembungan itu beratus-ratus orang terkorban. Walaupun kenyataan rasmi mengatakan 50 orang yang mempertahankan masjid itu mati bersama 8 orang anggota tentera, tetapi jumlah sebenar yang mati adalah lebih daripada 300 orang.
Tanpa menghiraukan kesucian masjid, dan tanpa menghiraukan persaudaraan Islam Musharaf telah sanggup menjadi pembelot dan pengkhianat bangsa, demi memenuhi kehendak barat, kononnya di atas nama memerangi keganasan.
Awas Musharaf, hari awak akan tiba. Ingat apa terjadi kepada Shah Iran pada tahun 1979. Jangan lupa kisah Slobadan Milosevic. Dan yang terbaru kisah Saddam Hussein. Mereka semua pernah menjadi anak emas pihak barat pimpinan Amerika.
Sekarang awak bolehlah bergembira. Tetapi ingatlah, apabila tiba giliran awak, tiada lagi tempat yang awak dapat lari dan Amerika pun tidak akan memberi perlindungan kepada awak.
Advair Inhaler: Comprehensive Guide and Usage
2 hari yang lalu
1 ulasan:
Mereka sudah lama curiga; sekolah agama, maahad tahfiz, pondok dan seumpamanya. Mereka lupa Pakistan itu dibina hasil produk institusi2 yang itu juga, demikian juga bagi kemerdekaan majoriti negara2 umat Islam. Sejarah juga takkan lupa kepada banyak fitnah ke atas ilmuan Islam dan org Islam yang sedang menuntut ilmu.
Catat Ulasan