Khamis, 19 Julai 2007

Samudera Rindu

Cinta semalam
membiru
di alunan sayu

Meredah
samudera rindu
berombak pilu

Aduhai
bilakah kan reda
gelora ini?

2 ulasan:

Yang bernama Siti berkata...

Biarkan cinta semalam itu
Meragut pilu menguja sendu

Tinggalkan pilu itu
Lepaskan sendu itu

Cinta yang ditangan
Itu yang harus dijaga
Dibelai
Dipuja
Dibaja

Cinta yang masih didamba
Mungkin baik datangnya
Mungkin jua membawa bala

Imran Yusof berkata...

Biarkan Cinta Semalam (?)
-------------------------
Biarkan?
Untuk apa pilu
dan sendu?

Bukankah yang di tangan
sudah
dibelai
dipuja
dibaja?

Aduhai
yang semalam,
hari ini
dan yang silam
tetap sebahagian
dari diri

Tidak mungkin
dipisahkan lagi...