Setelah diculik dan ditahan selama 114 hari oleh satu kumpulan militia di Gaza, wartawan BBC Alan Jonston akhirnya dibebaskan.
Beberapa akhbar di Britain dan Amerika bersependapat bahawa gerakan Hamas telah berjaya melebarkan pengaruhnya di Semenanjung Gaza.
Selama lebih dua tahun ketika fungsi keselamatan dipegang oleh pihak Fatah pimpinan Mahmoud Abbas, keadaan keselamatan yang tidak menentu berlarutan di Gaza.
Kini setelah Gaza dikuasai sepenuhnya oleh Hamas setelah kumpulan itu menewaskan puak Fatah, Hamas telah menunjukkan kemampuannya menjadi pihak yang berkuasa dan paling berpengaruh di Gaza.
Malah ada yang berpendapat pihak Fatah tidak mampu menjamin keselamatan warga Palestin di Gaza kerana kini telah terbukti Fatah hanya menjadi talibarut kepada musuh Palestin, iaitu regim Israel dan Amerika.
Kita tunggu dan lihat perkembangan selanjutnya di Gaza yang dikuasai Hamas dan di Tebing Barat, iaitu kawasan yang dikuasai puak Fatah.
Advair Inhaler: Comprehensive Guide and Usage
2 hari yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan