Jumaat, 6 Julai 2007

Rinduku Hampir Rentung

Akan kubiarkankah
rindu ini
melemaskan
dan rentung
membakar diri
setelah semalaman
aku mengenangmu
wahai Sudan?

Kau gersang
namun begitu mulia
kau panas membahang
tetapi begitu mengasyikkan
dan kau sentiasa di hatiku.

6.7.2007

0 ulasan: