Sabtu, 7 Julai 2007

Kenapa Saya Menulis Blog

Berikut ialah jawapan yang telah diberikan apabila ditanya oleh seorang kawan "Mengapa menulis blog?":

"Bila menulis di dalam blog, saya merasa puas kerana tulisan saya dapat dibaca di mana-aman sahaja di planet bumi yang ada sambungan internet, sama ada di Kuala Lumpur atau Kuala Pilah, sama ada di Mekah atau Madinah, sama ada Gelang Patah atau Changloon, sama ada di Bera atau Ludwigshaffen, sama ada di Janda Baik atau di Kg Oh Pasir Akar, sama ada di Kutub Utara atau Kutub Selatan, di Mogadishu atau Khartoum!

Lagi pun kalau orang-orang muda graduan atau adik-adik sekolah menengah bercerita tentang blogging, saya boleh kata: "Pak cik pun ada blog, silalah ke blog pakcik di....bloggerwordpress.com.." "

30 Nov 2007.

0 ulasan: