Saya melawat Benjadid, sebuah kampung di pinggiran Obaied. Perjalanan mengambil masa 20 minit dari tempat tinggal kami di pekan Obaied.
Kampung ini merupakan sebuah kawasan wadi yang subur, jadi pohon-pohon banyak tumbuh menghijau. Antara pokok yang banyak tumbuh di Benjadid ialah mangga.
Semasa kami sampai di kampung tersebut kami dikerumuni oleh para remaja kampung. Semasa bergambar, mereka tidak segan-silu dan begitu mesra dengan kami.
Sempat juga kami menikmati buah mangga manis apabila seorang tuan punya kebun di situ memberikan kami buah mangga.
Walaupun agak terbatas dari segi komunikasi kerana mereka tidak memahami bahasa Inggeris, dan kami pula tidak fasih bahasa Arab, tetapi kami rasakan persaudaraan Islam memang wujud dan kebaikan orang-orang Sudan yang memuliakan tetamu, maka hati kami begitu gembira.
Sehingga kami balik pun, saya masih merasakan lambaian Benjadid berserta kemanisan mangga dan kemesraan penduduknya.
0 ulasan:
Catat Ulasan