Mengikut lapuran Pusat Pembangunan Global yang berpangkalan di Washington melalui lapuran Indeks Komitmen Pembangunan (CDI), Belanda mendahului senarai 21 negara maju di dalam memberi sumbangan membantu negara-negara miskin di dunia.
Ia diikuti oleh Denmark dan Sweden.
Amerika Syarikat berada di tempat ke 13, manakala Jepun berada di bawah sekali.
Di dalam pengiraan indeks CDI pusat tersebut mangambil kira bantuan dari segi kewangan, perdagangan, pelaburan, penghijrahan penduduk, alam sekitar, keselamatan dan teknologi.
Tentu kita tertanya-tanya mengapa dua negara termaju di dunia dari segi kekuatan ekonomi tetapi berada di kedudukan yang begitu mengecewakan.
Berita penuh versi Inggeris boleh dibaca di link ini:
http://news.yahoo.com/s/nm/20060813/wl_nm/economy_aid_report_dc
Advair Inhaler: Comprehensive Guide and Usage
Sehari yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan