Ghumah ambo di Tame Sri Serde, lepah tu ambo kerja denga so syarikat tu di Kolo Lumpo. Jadi ambo gi kerja turun pa'gi lagi la. Dulu ambo bawa kereta gi kerja, tapi lo'ni ambo naik KTM komuter doh.
Buke tak se bawa kereta ni, tapi gak bila ambo kigho gi mari dah kena buboh minyak kereta, nak kena bayar tol, lepah tu kena pulok bayar letak kereta. Ho la, banyak pitis weh nak kena bayar la. Kalu naik komuter bayar tiga riya ne jah (RM3.60). Ho so lagi hok ambo tak tehe nyo, kalu de tubik lewat gak jale tu jadi jem do'oh. Sakit kaki ambo dok kena teke kelah (clutch) tu.
Jadi ambo ghaso naik komuter ni kigho molek benar la. Jimat belanja de jimat tenaga. Adik kakak pulok guana, gi kerja naik gapo?
Kokok Berderai-derai, Ekor Bergelumang Tahi
4 hari yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan