Rabu, 30 Ogos 2006

Jambatan Bengkok dan Pelabuhan Tg Pelepas

Jambatan Bengkok terhenti separuh jalan. Di bahagian Malaysia sudah siap, tetapi di bahagian Singapura belum dibuat pun.

Pelabuhan Tanjung Pelepas sudah siap dibina dan sudah pun memalukan operasinya. Pelabuhan itu akan melancarkan projek mempromosikan untuk menjadikannya sebagai pelabuhan pilihan bagi pengguna-pengguna pelabuhan di rantau Asia Tenggara.

Dari satu segi kedua-dua projek ini mempunyai implikasi yang mendalam pada masa jangka panjang terhadap ekonomi jiran Malaysia, terutamanya Singapura.

Selama ini Singapura menjadi pusat perkembangan ekonomi ekoran dari kedudukannya yang strategik di rantau ini. Namun dengan siapnya projek Jambatan Bengkok yang diharapkan menggantikan Tambak Johor, dan projek Pelabuhan Tanjung Pelepas, malahan KLIA maka peranan strategik itu sedikit demi sedikit akan diambil alih oleh Malaysia.

Mungkinkah sebab itulah Singapura tidak menyukai projek-projek ini?

Salad dan Karoof di Khartoum




Kawan-kawan yang bertugas di Khartoum telah membawa saya makan di sebuah restoran terkenal di bandar itu iaitu Amwaaj.

Saya dapati makanan yang dihidang di situ lazat dan menyelerakan. Tidak terbayang terdapat makanan semewah itu di Sudan sedangkan di wilayah Darfur, terdapat rakyatnya yang tidak cukup makan.

Namun saya berpendapat memang itulah realiti yang terdapat di mana-mana pun di dunia ini.

Segenting Kra



Ambo nak ceghita antarabangsa sikit haghi ni, ho la hok oghe dok kata kito nak globalisasi, jadi ambo po nok ghoyak hok global getek la haghi ni.

Ni ceghita Segenting Kra. Oghe putih panggil "Isthmus of Kra". Kalu ghoyak basa oghe putih ni sedap de'ngar adik kakak dih? Bunyi mace kita ni bijak do'ah la, dok keneh?

Kalu de ko oghe kita gak "Segenting Kera", tak tahu la bakpo nama kera jadi nama segenting.

Buleh jadi masa tu banyak do'oh kera di kawase hute hok ada di situ, jadi demo ambik la sempena nama kera tu.

Buleh jadi juga oghe Siye (Siam) ni ke dia suka cegita "hanume (Hanuman) kera putih", jadi dia ambik nama hanume tu buat nama segenting tu.

Tapi kot mana pun nama kera jugak la.. ehehehe.

Demo tu dok ghoyak nak buat teruse (mace Teruse Suez, mace Teruse Panama la jugaknyaa..) lalu kot segenting tu weh, yak di tahun 1677 lagi. Maknanya buke benda baghu. Yo la, masa tu belum ada teknologi lagi. Lepah tu hile senyap dale gong gende.

Lepah pada tahun 1863, masa Burma jadi tanah jajahe oghe putih (Inggeris), ada lagi timbul ceghita teruse tu, tapi oghe putih takse buat, sebab dia takut jajahe Singapura dia jadi tak maju. Ho la, kalu de siap Teruse Segenting Kra tu gak, oghe tokse lalu doh la kot Singapura tu.

Tapi hok terbaru nya timbul ceghita Keraja'e China (RRC) nak buat pula Teruse Segenting Kra tu. Dia nak tanggung semua belanja. Keraja'e Siye (Thailand) tak payah bayar sa sen abuk, tapi sain surat kebenare jah, hok pitih tu oghe China bayar belaka. Ho sedap bu'nyi deh?

Adik kakak nak dengar lagi ko ceghita Segenting Kra ni?

Selasa, 29 Ogos 2006

Somalia Sebutir Permata di Benua Afrika

Selain Ethiopia menghantar anggota tentera ke Baidoa, beberapa orang pegawai tentera Uganda juga diberitakan tiba di pusat "kerajaan sementara Somalia" (TFG) bagi mempertahankan TFG.

TFG pula menuduh Eriteria membantu Union of Islamic Courts (UIC) dari segi persenjataan dan kelengkapan ketenteraan.

Ethiopia secara terang-terangan berikrar mempertahankan TFG, manakala UIC pula mengugut akan mempertahankan Somalia dari serangan tentera asing, sebagai kiasan kepada tentera Ethiopia.

Walaupun kedua-dua pihak UIC dan TFG menghantar wakil ke Khartoum bagi membincangkan pelan damai di ibu negara Sudan itu, namun peperangan antara UIC dan TFG digambarkan oleh media seolah-olah tidak dapat dielakkan lagi.

Kita tidak hairan mengapa banyak pihak yang menyokong Amerika berlumba-lumba mempertahankan TFG walaupun TFG bukan sebuah 'kerajaan' yang tidak popular di kalangan warga Somalia sendiri.

Sesungguhnya pertentangan antara puak Islam dan anti-Islam (yang kini diketuai Amerika) akan berterusan sehingga hari Kiamat.

Larangan Mengambil Gambar di Sudan




Mana-mana pelawat yang berkunjung ke Sudan harus berhati-hati bila mengambil gambar di sana.

Ini ialah kerana kerajaan Sudan melarang kita mengambil gambar di tempat-tempat tertentu, seperti bangunan kerajaan dan tempat-tempat 'sensitif' yang seumpamanya.

Bagaimanapun, tiada garis panduan yang dikeluarkan secara hitam putih. Maka segala 'interpretasi' peraturan larangan mengambil gambar terpulang kepada budi-bicara kakitangan penguat-kuasa (selalunya polis).

Jadi, hati-hati bila mengambil gambar. Kalau "silap haribulan" jika anda tertangkap ketikan mengambil gambar di tempat-tempat tertentu, bukan sahaja kamera dirampas, tetapi juga mungkin akan masuk lokap polis di atas kesalahan mengambil gambar.

Huje di Serde




Bila huje di Serde, ambo suka tenguk jale ye lembab de basah tu.

Ghaso sejuk mata memande, ghaso tene jiwa ambo.

Teras besa nyo nikmat Allah untuk manusia.

Isnin, 28 Ogos 2006

ERL Takse Buat Stesen di Serde ko?





Ambo tenguk stesen komuter Serde tengah di upgrade.

Molek benar la kalu lagu tu, sebab lo ni stesen Serde ni sesak do'oh. Tak kiro pagi ko, pete ko, sie ko male ko, terutama gak masa hujung minggu gak sesak sokmo doh lo'ni.

Buke sajo oghe kijo pejabat hok guna komuter ni, tetapi jugok budok-budok hok belaja di UPM, de oghe-oghe hok nak pegi Mines untuk shopping ko, jale-jale bawa keluarga ko.

Jadi ambo teringin jugok nak tenguk ERL (KLIA Transit) buat stesen dio di Serde ni.

Adik kakak setuju ko, kalu ERL ada stesen di Serde?

Pengaruh Sungai Nil di Sudan (2)




Ketika berada di Khartoum, saya beberapa kali berkesempatan melihat dan meninjau keadaan di sekitar tebing Sg Nil.

Bukan sahaja digunakan sebagai sumber air minuman dan tumbuhan, Sg Nil juga menjadi tempat berekreasi bagi rakyat Sudan. Tidak kurang juga yang mandi dan memancing.

Tetapi adakalanya ada juga pihak yang tidak bertanggung jawab menjadikan sungai sebagai tempat pembuangan sampah.

Chad Arah Petronas Keluar

Kerajaan Chad telah mengusir Petronas dan Chevron keluar dalam masa 24 jam atas sebab-sebab "tidak bayar cukai".

Syarikat minyak Malaysia dan syarikat minyak Amerika (Chevron) adalah pemilik bersama syarikat joint venture di negara Afrika itu. Pemilik saham yang satu lagi ialah Exxon Mobil.

Difahamkan pemilikan saham JV tersebut di antara Petronas, Chevron dan Exxon ialah 35%, 25% dan 40%.

Peristiwa ini amat memalukan negara malah mungkin akan menjejaskan nama baik Malaysia di mata dunia Islam.

Walau apa pun sebab sebenar Petronas diusir begitu rupa. Tetapi kerajaan Malaysia mesti mengarahkan Petronas menyiasat perkara ini secara teliti dan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelakkan perkara seperti ini berulang lagi.

Ahad, 27 Ogos 2006

Pengaruh Sungai Nil di Sudan




Oleh kerana Sudan sebuah negera padang pasir, Sungai Nil merupakan sumber air yang terpenting bagi Sudan.

Khartoum di bahagian yang terletak tepi Sungai Nil menjadi menjadi subur menghijau bila air di gunakan secara bijak.

Malah ada pepatah orang tua-tua Sudan mengatakan: "Sekali anda meminum air Sungai Nil, nescaya suatu hari nanti akan kembali ke Sudan juga..."

Bila Huje Basah Stesen Komuter Serde




Ambo suka do'oh kalu huje bila ambo balik sapa stesen komuter Serde.

Nampak sibuk bena nah bil atanguk kereta di Lebuhraya Besraya daghi aghah Serde Lamo tu, jale jem la, tapi gak napak molek la lampu2 kegheta tu.

Keada'e sekeliling pun se'gho sejuk de nyame.

Adik kakak suka ko kalu huje?

Sabtu, 26 Ogos 2006

Hugo Chavez Lagi

Presiden Venezuela, Hugo Chavez menggesa agar pemimpin-pemimpin regim Israel dihadapkan ke mahkamah antarabangsa di The Hague di atas tuduhan jenayah perang.

Tidak ada seorang pun daripada pemimpin-pemimpin Arab atau pun pemimpin-pmimpin negara umat Islam bukan Arab, yang mengeluarkan pendapat yang sedemikian.

Kita merasa kagum dan gembira mendengar cadangan dari seorang pemimpin sebuah Negara Amerika Selatan (yang bukan Islam) yang berani mengeluarkan pendapat sedemikian.

Tetapi kita merasa hairan dan amat dukacita tiada pemimpin Islam yang menagatkan demikian, seoalh-olah semuanya takut, menikus kepada Amerika dan Israel.

Sampai bilakah kedaan sebegini akan berterusan?

Belia Sudan Lepak di Rumput Nan Hijau




Sudan sebuah negara padang pasir, tetapi tanahnya subur, cuma kelihatan tandus kerana kekurangan air.

Namun bila sesuatu kawasan itu diairkan secara baik, maka akan tumbuh menghijaulah kawasan itu. Begitulah yang berlaku, apabila pihak berkuasa Khartoum membuat sistem saliran dan pengairan di satu kawasan Sungai Nil.

Air dari Sungai Nil dipam dan air itu di salirkan untuk menyiram kawasan tanah lapang yang ditanam rumput dan tanaman hiasan di kawasan perhotelan baru di bandaraya Khartoum.

Bila kawasan itu menghijau, maka penduduk-penduduk di situ begitu gembira dan terpesona sekali melihat kehijauan dan keindahan kawasan itu.

Maka ramailah yang berkunjung ke situ untuk menikmati pemandangan yang mendinginkan pandangan itu.

Keretapi Hok Ambo Tenguk Haghi-haghi




Bila ambo napok keretapi komuter de jugok ERL lalu ambo ghaso suka.

Tak tahu bakpo, tapi gak teghingat ko ceghita-ceghita lama. Ke ada tu pasal hok ti'no tu naik keghetapi pahtu gak ka'sih dia hok la'ki tu gak keja keghetapi tu. Ya la, dia nak ghoyak: "Jange la balik, nanti la mek we, abe saye ko mek ni."

Pah tu pulak hok ti'na ni buabuat meghajuk la, laghi naik keghetapi.

Adik kakak ada ghajin tenguk ko ceghita-ceghita lagu tu?

Jumaat, 25 Ogos 2006

Biodiesel Akan Menjadi Alternatif

Harga minyak mentah kelihatan turun naik di pasaran dunia, tetapi pada dasarnya trend menunjukkan ianya sentiasa meningkat.

Dengan begitu pesatnya perkembangan perindustrian di dua buah negara besar di dunia, iaitu China dan India, diikuti dengan semakin berkurangnya penemuan telaga-telaga minyak yang baru, tidak dapat tidak bekalan minyak dunia akan menjadi semakin berkurangan.

Alternatif yang begitu kerap diperkatakan ketika ini ialah biodiesel dan ethanol melalui proses yang dikenali sebagai transesterification.

Biodiesel boleh diproses daripada minyak sawit, minyak soya dan sebagainya; manakala ethanol diproses dari tebu dan seumpamanya melalui proses fermentation and distillation.

Tetapi buat sementara waktu kekurangan minyak akan diganti oleh gas asli cairan (LNG).

Di dalam kes LNG dan biodiesel, Malaysia mempunyai potensi yang cukup besar untuk menjadi pengeluar utama di dunia.

Walaupun syarikat-syarikat gergasi minyak dunia kelihatan seolah-olah cuba menggagalkan projek-projek biodiesel ini.

Wang dan Akhbar Sudan




Matawang Sudan dipanggil Sudan Dinar (SD).

Beberapa hari sebelum ke Sudan saya menukar wang Ringgit Malaysia (RM) kepada US Dollars (USD). Kelak di Sudan baru saya dapat menukar USD kepada SD.

Rupa-rupanya SD tidak diterima di Malaysia dan RM tidak diterima di Sudan. Sesuatu yang mendukacitakan, kerana Malaysia dan Sudan dua negara orang Islam, tetapi masih menggunakan USD sebagai matawang perantaraan.

Kenapa kita perlu guna matawang negara bukan Islam sedangkan kita sesama Islam masih tidak dapat bersetuju penggunaan matawang sesama kita?

Hentie Serde Sibuk Do'oh Lagi




Ambo naik komuter gi kijo di Kolo Lupo.

Dale maso tiga 4 bule ni stese kumute Serde sibuk do'oh la, adik kakak.

Stese tu pulok sede di upgrade. Be'ki lagi, buat jejambat ko Balakong lagi.

Tapi ambo heghe la jejambat ko Balakong tu napok doh siap doh, tapi dia tak buko lagi. Tak tahu bakpo la.

Bilo pagi gak wey laa, sibuk do'oh sapa ku'ca wakyoh. Sakit pa'lo kalu adik kakak tenguk.

Adik kakak ghajin ko tuguh di stesen Serde?

Salad dan Karoof di Khartoum




Kawan-kawan yang bertugas di Khartoum telah membawa saya makan di sebuah restoran terkenal di bandar itu iaitu Amwaaj.

Saya dapati makanan yang dihidang di situ lazat dan menyelerakan. Tidak terbayang terdapat makanan semewah itu di Sudan sedangkan di wilayah Darfur, terdapat rakyatnya yang tidak cukup makan.

Namun saya berpendapat memang itulah realiti yang terdapat di mana-mana pun di dunia ini.

Khamis, 24 Ogos 2006

Penginapan Di Sudan




Sesiapa yang berkunjung ke Sudan, dia akan dapati hotel di sana agak sederhana sekali.

Kalau nak banding hotel 3 bintang di Malaysia kira dah macam 5 bintang di sana.

Hotel Kurdufan ni di Obaied, dan banyak bilik di hotel ini tidak dilengkapi bilik air di dalam bilik hotel, tetapi di bahagian lain. Leceh la bila nak mandi.

Penginapan Di Sudan




Sesiapa yang berkunjung ke Sudan, dia akan dapati hotel di sana agak sederhana sekali.

Kalau nak banding hotel 3 bintang di Malaysia kira dah macam 5 bintang di sana.

Hotel Kurdufan ni di Obaied, dan banyak bilik di hotel ini tidak dilengkapi bilik air di dalam bilik hotel, tetapi di bahagian lain. Leceh la bila nak mandi.

Bila Huje Jerebu Hile





Hari ni huje tughun di Serde. Lebat jugok la. Ambo ghaso sejuk dan tene sengoti bila napak air huje gak.

Napak bena la kebesare Allah. Bila dekat seminggu Lembah Kele i berjerebu do'oh, ambo ghaso oghe hok ada penyakit lelah gak susoh la nak tubik ghumoh. Nyayo la ko demo tu.

Jadi bila huje ni gak udagha jadi cuci la, de juga jerebu tu hile. Ke molek tu.

Kat tempat adik kakak huje ko haghi ni?

Rabu, 23 Ogos 2006

Khabar Dari Somalia

Negara Somalia masih tidak mempunyai kerajaan sejak Presiden Said Bairre digulingkan pada tahun 1979.

Sejak itu berlaku peperangan saudara yang berlarutan sehingga warlords dibantu oleh Amerika menguasai ibu negara Mogadishu selama 15 tahun.

Manakala sebuah 'kerajaan' dalam buangan (Transitional Federal Government, TFG) di Baidoa, tetapi di dalam keadaan yang amat lemah kerana tidak mendapat sokongan rakyat jelata Somalia.

Namun apabila warlords ini dikalahkan oleh Kesatuan Mahkamah Islam (Union of Islamic Courts, UIC), keamanan dinikmati semula di Mogadishu. Rakyat yang telak muak dengan kesengsaraan akibat cengkaman pemerintahan worlords, telah mengalu-ngalukan kemasukan ke wilayah-wilayah mereka melalui ketua-ketua kaum mereka.

Malah ada di kalangan warlords yang berpaling tadah dan bergabung dengan UIC.

Tiba-tiba kita dengar berita tentera Ethiopia telah masuk ke dalam wilayah Somalia, untuk mempertahankan TFG di Baidoa.

Amerika yang telah berundur setelah 18 orang anggota tenteranya terbunuh di dalam pertempuran di Mogadishu di tahun 80'an dulu, telah 'merestui' tindakan Ethiopia itu. Oleh kerana mereka telah dimalukan semasa keluar dari Somalia, Amerika mengambil pendekatan campur-tangan di Somalia melalui proksinya, Ethiopia.

Nampaknya perkembangan di Somalia menjadi suatu medan penting di dalam pertembungan antara Islam dan pihak Amerika serta pihak barat di negara Horn of Africa itu khasnya dan di Afrika umumnya.

Tangki Air Popular di Sudan




Sudan adalah sebuah negara padang pasir dan air merupakan satu komoditi yang amat dijaga dan disimpan dengan rapi.

Semasa 'meronda' bandaraya Khartoum saya tertarik melihat tangki air, yang diperbuat dari plastik atau fiber glass dijual secara 'longgok' di tepi jalan.

Macam jual durian pula !

Stese Komuter Serde Pa'gi Haghi Lagi




Ambo suka do'oh la tenguk suasana sega pagi-pagi kat setesen komuter Serde.

Ada napak kabuh sikit, ada ghasa sejuk, nyame la adik kakak.

Napak lampu hok nya'la di tepi-tepi rel keghetapi.

Lepah tu gak, bila ambo ambik gambar denga digi-cam, koho napak comel bila tenguk dale komputer.

Adik kakak peghase ko suasana pa'gi haghi kat tempat adik kakak?

Selasa, 22 Ogos 2006

Tangki Air di Khartoum




Sudan adalah sebuah negara padang pasir dan air merupakan satu komoditi yang amat dijaga dan disimpan dengan rapi.

Semasa 'meronda' bandaraya Khartoum saya tertarik melihat tangki air, yang diperbuat dari plastik atau fiber glass dijual secara 'longgok' di tepi jalan.

Longgok macam jual durian pula !

Jambu Batu dan Bunga Kertas di Khartoum




Pada suatu hari Jumaat kami dijemput bersarapan di rumah seorang pegawai kanan syarikat kami di Sudan.

Tempat itu tidak jauh dari pejabat di Al-Amarat, lima minit saja dengan kenderaan dah pun sampai kami ke sana.

Kami dijamu dengan roti kebab, daging kambing dan buah-buahan. Memang sedap dan kami makan dengan gembira.

Apa yang menarik perhatian saya ialah beberapa tumbuh-tumbuhan di sekitar rumah beliau. Ada pokok jambu batu dan ada juga pokok bunga kertas.

Pokok Jambu dan Bunga Kertas di Khartoum




Pada suatu hari Jumaat kami dijemput bersarapan di rumah seorang pegawai kanan syarikat kami di Sudan.

Tempat itu tidak jauh dari pejabat di Al-Amarat, lima minit saja dengan kenderaan dah pun sampai kami ke sana.

Kami dijamu dengan roti kebab, daging kambing dan buah-buahan. Memang sedap dan kami makan dengan gembira.

Apa yang menarik perhatian saya ialah beberapa tumbuh-tumbuhan di sekitar rumah beliau. Ada pokok jambu batu dan ada juga pokok bunga kertas.

Cuti Sekolah Ni Adik Kakak Gi Cuti Mana?

Cuti sekolah doh ni.

Ambo ghasa tak gi ke mano-mano la. Sebab anak-anak ambo po mace tak se gi cuti. Nak baik kapo, doh balik ko Melaka haghi baghu ni.

Jale ghaya tengoh banda po mace lega sikek. Kegheto po tak banyok. Doh cikgu-cikgu de cikgi-gikgi tak tubik pagi-pagi. Ho sedak jugak jadi cikgu ni dih. Cuti lamo.

Ambo pun cuti doh nak simpe utuk balik ghayo tak lamo lagi doh.

Adik kakk gi ma'na cuti sekolah ni?

Turki Memaksa 2 Kapalterbang Iran Mendarat

Ada berita disiarkan di laman-laman web menceritakan Turki memaksa 2 kapalterbang Iran mendarat di Turki.

Alasan yang diberikan ialah memeriksa sama ada kapal terbang Iran itu "menyeludup" senjata kepada Hizbullah.

Turki sekarang ditadbir parti AKP yang diketuai Racep Tayyop Erdogan, seorang pemimpin yang disegani ketika menjadi Mayor Istanbul ketika beliau di dalam parti Refah pimpinan Dr Necmettin Erbakan. Malah pihak tentera Turki masih memandang serong terhadap AKP kerana berasal dari parti Refah yang berdasarkan Islam.

Kita hairan mengapakah Turki seolah-olah bersekongkol dengan Amerika dan regim Israel di dalam 'menguatkuasakan' gencatan senjata Lebanon, dengan menghalang bantuan Iran kepada Hizbullah, sedangkan Hizbullah adalah satu-satunya pembela yang mempertahankan rakyat Lebanon daripada keganasan Israel.

Mengapa Turki sanggup beriya-iya menghalang Iran dari membantu Hizbullah, sedangkan Amerika dan Eropah telah terlebih dahulu membantu regim israel?

Atau memang AKP yang 'memerintah' Turki tidak dapat menguasai pihak tentera Turki yang memang telah sekian lama bersekongkol dengan regim itu?

Isnin, 21 Ogos 2006

KTM Komuter Lambat Lagi Haghi Ni

Ambo sapa awal di stesen haghi ni, tapi keghetapi pulok lambat.

Nak mghah jugak ambo ko pehak KTM ni. Doh tau doh oghe ghama doh naik komuter lo'ni, eh dia buak lagu tu jugak. Buak endah tak endah, buat main-main.

Tak dok doh cagha nak buat doh ko? Baso jenih begapo tak tau la.

Ghoyak kata nak buat sistem kedera'e besepadu la, nak hok canggih la, tapi cagha buat kijo mace cagho tahun tujuh puluhe.

Mace mana la nak maju tahun 2020 ni? Adik kakak piki mace mano? Buleh ko?

Penjual di Perhentian




Di sepanjang perjalanan antara Khartoum ke Obaied, ada banyak tempat-tempat perhentian R & R.

Di perhentian sebegini saya melihat ramai sekali penjual makanan dan snek. Malah ada juga beberapa barangan kraftangan.

Pemandangan begini sungguh menarik dan kadang-kadang mencuit hati membuat saya ketawa sendirian melihat telatah mereka untuk manarik pelanggan.

Tidak jauh beza dengan penjual-penjual di R & R di negara kita...

Beberapa "Jenis" Pengangkutan di Sudan




Sudan adalah negara yang terbesar di benua Afrika dari segi keluasan muakbumi.

Kenderaan yang digunakan bermacam-macam. Kapalterbang selalunya digunakan. Tetapi bagi rakyat biasa kenderaan darat seperti lori, bas dan kenderaan pacuan empat roda menjadi pengangkutan lazim bagi mereka.

Tidak mengejutkankita akan selalu melihat barang-barang atau penumpang yang menaiki kenderaan dengan cara yang agak kurang selamat.

Saya selalu bimbang apabila terlihat keadaan yang sebegini.

USD12,000 Untuk Setiap Keluarga

Apabila berkuat-kuasa gencatan senjata di Lubnan, sukarelawan-sukarelawan Hizbullah terus turun padang bagi membersihkan kawasan perumahan yang rosak dibom regim Israel.

Tanpa berlengah dan tanpa menunggu mesyuarat mengenainya. Ini menunjukan betapa mantap dan canggihnya struktur pertubuhan Hizbullah ini.

Bukan setakat membersihkan kawasan untuk pembinaan semula rumah-rumah yang rosak, malah setiap keluarga yang hilang hilang tempat tinggal akibat dibom, diberi wang derma sebanyak USD12,000. Kalau ditukar ke matawang ringgit Malaysia jumlah ini menjadi lebih RM43,000.

Bayangkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia memberi wang sebanyak itu kepada setiap keluarga yang rumah mereka dirobohkan oleh mana-mana majlis tempatan...

Ertinya Hizbullah bukan sahaja bangkit untuk membalas serangan regim Israel, tetapi juga setelah berlaku gencatan senjata rakyat Lubnan yang hilang tempat tinggal diberi wang derma untuk membina semula rumah mereka. Selain itu keluarga syuhada juga akan di bela sara hidup mereka oleh Hizbullah.

Jika begini layanan pertubuhan itu kepada rakyat Lubnan, sedangkan ianya hanya sebuah pertubuhan bukan kerajaan, sedangkan kerajaan tidak berbuat apa-apa sejak perang bermula sehingga berlaku gencatan senjata, maka adakah kerajaan masih relevan di mata rakyat Lubnan?

Ahad, 20 Ogos 2006

Perhentian di lebuhraya




Di sepanjang perjalanan antara Khartoum ke Obaied, ada banyak tempat-tempat perhentian R & R.

Di perhentian sebegini saya melihat ramai sekali penjual makanan dan snek. Malah ada juga beberapa barangan kraftangan.

Pemandangan begini sungguh menarik dan kadang-kadang mencuit hati membuat saya ketawa sendirian melihat telatah mereka untuk manarik pelanggan.

Tidak jauh beza dengan penjual-penjual di R & R di negara kita...

Pelbagai pengangkutan di lebuhraya




Sudan adalah negara yang terbesar di benua Afrika dari segi keluasan muka bumi.

Kenderaan yang digunakan bermacam-macam. Kapalterbang selalunya digunakan. Tetapi bagi rakyat biasa kenderaan darat seperti lori, bas dan kenderaan pacuan empat roda menjadi pengangkutan lazim bagi mereka.

Tidak mengejutkankita akan selalu melihat barang-barang atau penumpang yang menaiki kenderaan dengan cara yang agak kurang selamat.

Saya selalu bimbang apabila terlihat keadaan yang sebegini.

Ikan Masak Asam Pedas di Kg Ismailiyah




Semasa di Obaied saya tinggal di sebuah apartment di kawasan berhampiran masjid Ismailiyah, maka kampung itu dikenali sebagai Kg Ismailiyah.

Selalu sahaja kami masak asam pedas ikan yang dibeli di Kosti. Ketika makan nasi dengan lauk ikan ini saya sentiasa saja teringat akan masak asam pedas di Melaka.

Sebelum berlepas balik ke Khartoum sempat juga saya bergambar dengan dua orang kawan dari Malaysia yang bertugas di Obaied, bersama-sama dengan seorang penduduk kampung di situ.

Suatu kenangan yang tidak dapat saya lupakan.