Telah diberitakan polis Mesir memukul pelarian Sudan sehingga ada yang mati, dan di antara yang mati itu ada juga kanak-kanak.
Pelarian ini memprotes tidak mahu dihantar pulang sebaliknya mahu ditempatkan di negara ketiga.
Polis pula mengatakan mereka mati akibat dipijak di dalam kelam-kabut bila polis menyuraikan pelarian yang memprotes itu.
Kita merasa dukacita perkara ini berlaku. Sudan dan Mesir merupakan jiran yang bersempadan. Mengapa tidak tolak ansur sesama jiran?
Kita tidak terperanjat bila pihak UN (PBB)tidak mengutuk kerajaan Mesir di atas perkara yang berlaku. Sekiranya yang mati itu rakyat Eropah atau Amerika, sudah tentu Mesir akan dikutuk dan mungkin diserang dengan bom, malah mungkin UN akan bersidang segera dan Majlis Keselamatan PBB meluluskan serangan itu. Tetapi oleh kerana yang mati itu rakyat Sudan dan yang menyuraikan protes pelarian itu kerajaan yang 'direstui' Barat, maka sekadar "kesal dan sedih" sajalah reaksi UN..!!
Kita tunggu dan lihat apa reaksi pihak Sudan, Liga Arab, NAM dan OIC. Tiada hadiah sekiranya anda dapat menjawab soalan ini dengan tepat! (alang bidara - 30/12/2005)
Advair Inhaler: Comprehensive Guide and Usage
2 hari yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan