PAS Kalah …. Aku Depressed….. Inilah Ubatnya
Dilulus terbit pada Wednesday, December 07 @ 13:00:07 MYT oleh LinuxPro
Email Pelawat Kiriman M.S.Y.
6/12/2005 9.00 mlm. Aku rase malam tu mlm yg paling depressed bagi ku. Keputusan pilihanraya keluar lagi. Perasaan aku rase same macam masa mlm pilihanraya lepas. Geram ada, sedih ada, kekadang rase nak nangis pun ade.
Masa tengah tengok t.v. aku tak boleh “concentrate”, lagi aku bengang keluar plak tajuk berita bergolek kat bawah tuh….. “BN Menang”. TV3 punya tajuk control sikit, “BN mendahului… kiraan undi esok…” , tapi NTV7 terus declare “BN Menang”. Cam hampeh.
Bila keluar jer tajuk berita tu, aku tukar channel, sampai anak aku tegur “baba nie,… orang nak tengok citer tasha” ….katanya merengek, ntah citer ape ntah dia jer yg paham. Terbayang aku muka barua2 and juak UMNO yg tengah heppi kononnya dah menang. Biasaklah muka2 si gemuk pipi merah, si kecut cam kena sedut kuman resdung, si taik lalat berbulu, si muda berlagak alim dan mcm2 lagi. Terbayang plak tajuk berita esok “Rakyat beri kepercayaan pada BN, …. BN masih kukuh, …… PAS mula dibenci,…. Mandat baru ……”
Bini aku tengah sebok kemas setor ngan maid aku. Last2 aku naik atas tutup pintu aku pun doa. “Ya.. Allah kiraan undi esok Kau tukarlah keputusan tu, menangkanlah PAS sebab Kau yang Maha Berkuasa bagi Kau Kun Faya Kun …. kalau Kau nak jadi, apa pun boleh jadi…” …. Bagi aku apa pun situasi kita kena berdoa, walaupun nampak miracle.
Malam tu aku pun tidurlah, depressed tapi penuh pengharapan, harapan moga Allah tukar keputusan esok, biar padan muka geng2 bongkak tuh….
7/12/2005 6.00 pagi: Aku pun bangun tak rase bengang lagi. Lepas mandi , aku pun kejut kan bini aku. Dia cam letih skit, .. mungkin penat mengemas stor semalam. Lepas solat subuh, pun amek ler Quran tafsir aku, sambung bacaan semalam. Memang jadi rutin aku, dalam satu hari mesti tengok quran tafsir, bukan nak menunjuk tapi kena buat, kalau tak buat rase serabai. Rase iman makin lama makin tipis. Kita boleh rase sendiri. Tak kisah ler, subuh ker, zohor ker, yang pasti aku aku takmo miss nengok quran. Kalau malas sangat aku tengok satu ayat jer.
Cam biasalah .....baca satu ayat ... tengok tafsir, .....baca satu ayat tengok tafsir. Masuk ayat ketiga aku rase menarik sangat... yang nie la aku nak share dengan korang,.... bagi aku inilah pengubat duka lara, untuk kita yg berjuang (tapi asyik kecundang), ubat untuk mengubat duka aku semalam ....
Surah Al-An’am (6)
[123] Dan demikianlah Kami adakan dalam tiap-tiap negeri orang-orang besar yang jahat supaya mereka melakukan tipu daya di negeri itu, padahal tiadalah mereka memperdayakan selain dari dirinya sendiri (kerana merekalah yang akan menerima akibatnya yang buruk), sedang mereka tidak menyedarinya.
[125] Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayat petunjuk kepadanya nescaya Dia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Dia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah dia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman
[126] Dan inilah jalan Tuhanmu (agama Islam) yang betul lurus. Sesungguhnya Kami telah menjelaskan ayat-ayat keterangan (Kami) satu persatu, bagi kaum yang mahu beringat - insaf.
Insyallah .... janji Allah itu benar, Al-Quran ada jawapannya... juak2 UMNO akan kena juga akhirnya ..... pada aku inilah thrill perjuangan .....
Wassalam
Catatan : Kita tidak ditanya dan dipertanggungjawab soal menang atau kalah, tetapi kita akan dipersoalkan sejauh mana harta dan jiwa kita digunakan dalam perjuangan ini - LP
Advair Inhaler: Comprehensive Guide and Usage
2 hari yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan