Bila kita baca berita bagaimana syarikat-syarikat dari barat (Amerika Syarikat dan Eropah) membayar wang kickback untuk mendapatkan kontrak-kontrak di negara-negara Asia dan Timur Tengah, kita akan bertanya: "Tak ada kah kontrak yang tidak melibatkan rasuah...?"
Sama ada kontrak di Iraq semasa pemerintahan Saddam Hussein, atau pun kontrak di Republik Rakayat China, semuanya ada usndur-unsur rasuah.
Begitu juga rasuah dalam bentuk insentif perniagaan atau bantuan subsidi dari Amerika bila Amerika memerlukan undi dari negara penerima 'faedah' apabila sesuatu pengundian di dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Atau pun kontak untuk membangunkan Iraq selepas pencerobohan Amerika, semua ada elemen rasuah.
Sesungguhnya rasuah merupakan seolah-olah suatu penyakit barah yang menular di peringkat tempatan, national mahu pun global.
Kita akan tertanya-tanya: "Bagaimanakah keadaan ini dapat dihapuskan atau pun dikurangkan.
Inilah suatu persoalan yang bermain di kepala orang-orang yang rasional dan cintakan keikhlasan di dalam hidup....(alang bidara - 11/12/2005)
Advair Inhaler: Comprehensive Guide and Usage
2 hari yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan