Khamis, 29 Disember 2005

Menghabiskan Cuti di Rumah

Di hari-hari terakhir tahun 2005 saya menghabiskan cuti di rumah.

Pagi-pagi lagi dah hantar hantar anak saya di tempat latihan practical dia di Kuala Lumpur. Lepas itu saya dan isteri saya ke pusat servis kereta Toyota di Puchong.

Lama juga menunggu kereta diservis. Seluruh kawasan pusat servis itu dipenuhi kereta, hampir tak ada ruang untuk kereta melalui ruang itu.

Ramai betul orang yang hantar kereta untuk diservis. Mungkin mereka juga seperti saya yang menghabiskan cuti tahunan sambil menghantar kereta ke pusat servis.

Terasa lega sedikit kepala tanpa memikirkan hal-hal kerja di pejabat yang penuh dengan KPI, deadline dan target.

Besuk saya cuti lagi. Duduk relax di rumah lagi agaknya. (alang bidara - 29/12/2005)

0 ulasan: