

Ada 30 orang pelajar lelaki dan perempuan yang bertolak meninggalkan Malaysia pada tahun 1977 menuju United Kingdom.
Dari saat itu bermulalah pengalaman mereka sebagai pelajar yang bukan sahaja belajar mata pelajaran GCE 'A' Lebel di Newark Technical College, Nottinghamshire, tetapi juga sebegai pelajar dalam akademi kehidupan seorang manusia di negeri orang.
Semalam, iaitu setelah berlalunya masa selama 33 tahun, 16 orang daripada 30 orang bekas pelajar Malaysia yang berpetualang di bumi Newark itu bertemu sekali lagi di Paya Serai, PJ Hilton.
Sesungguhnya pertemuan itu adalah satu peristiwa nostalgik yang membincangkan seribu, malah sejuta kenangan.
Gambar di atas menunjukkan dua orang daripada pelajar tersebut. Gambar pertama diambil pada tahun 1978 manakala satu lagi dirakamkan pada tahun 2010.