Isnin, 23 Mac 2009

Omar Bashir akan ditangkap?



Satu waran tangkap terhadap Presiden Sudan, Omar al-Bashir, telah dikeluarkan oleh pihak ICC, atas tuduh pembunuhan warga Darfur, sebuah wilayah Sudan.

Pihak Jawatankuasa Ulama Sudan pun menasihati al-Bashir supaya tidak menghadiri Persidangan Negara-Negara Arab yang akan diadakan di Qatar 30 Mac nanti sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan beliau ditangkap.

Walau pun Qatar bukan salah satu signitori kepada Perjanjian Rome, iaitu asas kepada perjanjian ekstradisi tajaan ICC, kita bimbang pihak ICC akan menggunakan cara non-konvensional bagi mengangkap presiden Sudan itu.

Ahad, 22 Mac 2009

Bengkel penulisan



Sudah lama benar rasanya saya tidak menghadiri bengkel penulisan oleh Puan Sifu.

Tambahan pula beliau sekarang sibuk. Pelbagai aktiviti yang beliau perlu selesaikan sebelum bengkel diadakan semula.

Terasa benar semangat saya untuk menulis berkobar-kobar selepas menghadiri bengkel penulisan.

Apa pun, sebagai penulis saya akan terus menulis.

Kalau pun berhenti menulis buku, saya akan mengemaskini blog!

Sherlock Holmes, the master detective



Sherlock Holmes must have been one of the most, if not the most memorable detectives of pre- and post-modern era.

One cannot help but admire the many situations that Sherlock Holmes and Dr John Watson get entangled themselves, but the mysteries solved with the most ingenious of deductions.

IMB Piracy Reporting Centre di Kuala Lumpur



Pusat Melaporkan Kegiatan Lanun (Piracy Reporting Centre, PRC), Kuala Lumpur ialah sebuah pusat maklumat yang dibuka 24 jam sehari yang telah ditubuhkan oleh Biro Maritim Antarabangsa (International Maritime Bureau, IMB).

Pusat maklumat ini dijadikan sebagai pusat yang menerima laporan semua kegiatan lanun dan kejadian rompakan bersenjata.

PRC ini dibiayai oleh sumbangan dari pelbagai pihak dalam industri perkapalan di seluruh dunia dan memberikan khidmat percuma kepada semua kapal, tidak kira siapa pemiliknya.

Khidmat utama PRC ialah menerima laporan dari kapal mengenai pergerakan kapal atau bot yang mencurigakan dan juga serangan lanun dan rompakan bersenjata. Sebaik sahaja menerima laporan tersebut, PRC akan menyampaikan laporan tersebut kepada semua kapal-kapal lain serta agensi penguat kuasa undang-undang yang berada di sekitar kawasan serangan atau rompakan itu.

Selain itu, PRC juga menyiarkan laporan perkembangan serangan lanun dan rompakan bersenjata melalui siaran berkala menggunakan INMARSAT-C melalui perkhidmatan SafetyNET. (Pihak pemilik kapal juga boleh mendapatkan laporan tersebut dengan menghubungi IMB).

Kesemua laporan yang diterima oleh pihak PRC dikumpul dan dianalisa untuk memenuhi permintaan dari pelbagai pihak seperti Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO).

ICC INTERNATIONAL MARITIME BUREAU
P.O. BOX 12559
50782 KUALA LUMPUR
MALAYSIA .
Laman web: http://www.icc-ccs.org/imb/overview.php

Talian Bantuan Anti Piracy Helpline:
Tel.: +603 2031 0014
Faks: +603 2078 5769
E-mel: imbkl@icc-ccs.org

Pusat Melaporkan Kegiatan Lanun:
Laman web: http://www.icc-ccs.org/prc/overview.php

Perkhidmatan PRC boleh diperolehi oleh semua pihak dalam industry perkapalan 24 jam sehari dan 365 hari setahun.

Pelbagai wanita pelbagai bunga



Wanita ibarat bunga. Indah di mata, cantik di hati. Tamsilan ini sesuai bagi wanita yang menyenangkan hati lelaki.

Tapi ingat wahai kaum lelaki!

Wanita itu pelbagai ragam, sebagaimana juga ada pelbagai jenis bunga.

Jagalah wanita anda. Anak perempuan dan isteri anda.

Sekiranya kita merasakan diri kita masih belum sempurna seperti Rasulullah (S.A.W.), maka tidak adillah kalau kita menuntut isteri kita jadi seperti Khadijah atau Aishah.

Akhir kata: "Jangan jadi macam kera yang diberikan bunga!"

Kerapu pujaan pemancing




Entri saya kali ini masih menceritakan serba sedikit tentang ikan yang sangat disukai oleh para pemancing, dan juga oleh para peminat ikan, iaitu ikan kerapu.

Sebut sahaja ikan kerapu, saya percaya ramai pengail yang akan menceritakan pengalaman mereka bertarung sebelum menaikkan menaikkan ikan kerapu. Memang pengalaman bertarung dengan kerapu sungguh mengasyikkan semua golongan pengail, tidak kira sama ada dia seorang pengail lama yang hardcore dan otai, atau pun seorang amatur yang baru mula membeli sebatang joran dan sebuah kekili pancing laut.

Kalau masa menarik ikan itu, ada kawan yang menghulurkan wang RM50.00 agar kita memberikan joran supaya dia dapat bertarung menggantikan kita, tentu sahaja kita tidak hairan dengan RM50.00 itu walau pun mungkin dengan duit itu kita sudah boleh menjelaskan hutang kita yang sudah lapuk!

Bagi para pemakan ikan pula, mereka sudah tidak asing lagi dengan ikan kerapu masak masam manis atau tiga rasa.

Oh ya, jangan lupa. Sekiranya anda memesan ikan kerapa masak steam (kukus) nanti, jangan lekas nak merungut atau memarahi pelayan restoran/warung itu apabila pesanan anda lambat dihidangkan.

Kenapa? Ikan kerapu ini mesti dikukus sekurang-kurangnya 15 minit baru sedap dimakan. Kalau belum sampai 15 minit, ketahuilah bahawa ikan kerapu itu masih belum dikira masak kukus, tetapi masih di tahap sushi!

Kerapu pujaan pemancing




Entri saya kali ini masih menceritakan serba sedikit tentang ikan yang sangat disukai oleh para pemancing, dan juga oleh para peminat ikan, iaitu ikan kerapu.

Sebut sahaja ikan kerapu, saya percaya ramai pengail yang akan menceritakan pengalaman mereka bertarung sebelum menaikkan menaikkan ikan kerapu. Memang pengalaman bertarung dengan kerapu sungguh mengasyikkan semua golongan pengail, tidak kira sama ada dia seorang pengail lama yang hardcore dan otai, atau pun seorang amatur yang baru mula membeli sebatang joran dan sebuah kekili pancing laut.

Kalau masa menarik ikan itu, ada kawan yang menghulurkan wang RM50.00 agar kita memberikan joran supaya dia dapat bertarung menggantikan kita, tentu sahaja kita tidak hairan dengan RM50.00 itu walau pun mungkin dengan duit itu kita sudah boleh menjelaskan hutang kita yang sudah lapuk!

Bagi para pemakan ikan pula, mereka sudah tidak asing lagi dengan ikan kerapu masak masam manis atau tiga rasa.

Oh ya, jangan lupa. Sekiranya anda memesan ikan kerapa masak steam (kukus) nanti, jangan lekas nak merungut atau memarahi pelayan restoran/warung itu apabila pesanan anda lambat dihidangkan.

Kenapa? Ikan kerapu ini mesti dikukus sekurang-kurangnya 15 minit baru sedap dimakan. Kalau belum sampai 15 minit, ketahuilah bahawa ikan kerapu itu masih belum dikira masak kukus, tetapi masih di tahap sushi!

Blogging sekeluarga



Hari ini keluarga saya boleh dianggap sebagai keluarga bloggers.

Kalau dulu saya seorang sahaja yang membikin blog, akan tetapi hari ini majoriti ahli keluarga saya mempunyai blog mereka sendiri.

Blog-blog mereke boleh dikunjungi pada link yang berikut:

Imah

Noraini

Hanisah

Masnah

Hanif

Tidak semua tulisan mereka boleh dikira mencapai piawai yang boleh dibanggakan oleh para pejuang bahasa dan sastera. Namun tindakan mereka terjun ke dunia blogging ini pun sudah boleh dianggap suatu perkembangan yang positif.

Dari semua ahli yang mempunyai blog yang disebutkan di atas, saya percaya Imah, Hanisah, Noraini mempunyai blog lain di Myspace, Facebook atau Fotopages.

Walau pun buat masa ini Adham, Hafiz dan Naim masih lagi belum memasuki gelanggang blogging, tetapi insya Allah, masanya akan tiba. Begitulah harapan saya.

Selasa, 17 Mac 2009

Pelbagai entri dalam internet tentang Bagaikan Khadijah Di Hati Rasulullah



Setelah buku karangan saya bersama Sdr Zamri Mohamad terbit pada 4 Februari 2009 yang baru lalu, saya telah berusaha untuk mengesan entri mengenai buku ini di internet.

Selain dua entri di blog saya sendiri, DI SINI dan DI SINI, saya berjaya menemui beberapa entri, antaranya:

Blog Cik Mawar

Blog anak saya

Blog Sdra Zamri Mohamad

Book cafe

Laman PTS.

Dari pengamatan saya, publisiti mengenai buku ini di internet masih belum boleh dikira meluas.

Sekarang saya sedang memikirkan bagaimana cara lain untuk memperluaskan lagi publisiti.

Pelbagai entri dalam internet Bagaikan Khadijah Di Hati Rasulullah



Setelah buku karangan saya bersama Sdr Zamri Mohamad terbit pada 4 Februari 2009 yang baru lalu, saya telah berusaha untuk mengesan entri mengenai buku ini di internet.

Selain dua entri di blog saya sendiri, DI SINI dan DI SINI, saya berjaya menemui beberapa entri, antaranya:

Blog Cik Mawar

Blog anak saya

Blog Sdr Zamri Mohamad

Book cafe

Laman PTS.

Dari pengamatan saya, publisiti mengenai buku ini di internet masih belum boleh dikira meluas.

Sekarang saya sedang memikirkan bagaimana cara lain untuk memperluaskan lagi publisiti.

Ahad, 15 Mac 2009

Pelaut 5 negara mendominasi kerjaya maritim kapal dagang Malaysia



Pelaut dari lima negara mendominasi jawatan di kapal-kapal dagang Malaysia, demikian didedahkan oleh Encik M. Adthisaya Ganesen, ketua pegawai eksekutif (CEO) Akademi Laut Malaysia (ALAM) dalam laman web Malaysia Shipowners' Association (MASA) yang memetik sumber berita dari The Star yang bertarikh 23 April 2007.

Walau pun berita ini disiarkan hampir dua tahun yang lalu, namun fakta ini masih relevan.

Pada ketika itu bilangan para pelaut dari lima negara yang mendominasi ialah seperti berikut: Filipina (2,684), Indonesia (1,653), China (1,159), India (951) dan Vietnam (284).

Walau pun pelbagai pihak mengandaikan para pelaut Malaysia kurang baik kualitinya, namun hakikat yang mesti diterima oleh semua pihak ialah persepsi masyarakat mengenai kerjaya dalam bidang maritim masih di tahap yang amat rendah.

Para pelajar sekolah, ibu bapa dan guru-guru masih belum mendapat maklumat yang menyeluruh, malah masih belum menganggap kerjaya maritim sebagai pilihan utama.

Mungkin setelah berita rampasan dua kapal dagang Malaysia milik syarikat MISC Berhad tahun lalu telah sedikit sebanyak meningkatkan kesedaran warga negara ini terhadap kerjaya bidang maritim, akan tetapi masih belum mencukupi untuk menarik minat para belia untuk bercita-cita menjadi pelaut.

Baca lagi berita itu DI SINI.

Rabu, 11 Mac 2009

Kapal China ganggu kapal Amerika



Lima buah kapal milik China dilaporkan mengganggu kapal pengkaji (survey ship) milik Amerika di Laut China Selatan pada 9 Mac lalu.

Kapal USNS Impeccable milik Amerika itu dikatakan sedang menjalankan kerja kajian samudera 70 batu nautika dari Pulau Hainan apabila lima buah kapal milik China itu dikatakan mengganggu dan mengacau kapal Amerika.

Anak kapal Amerika itu kemudiannya menyembur air melalui paip pemadam api sebagai langkah mempertahankan diri. Akan tetapi kapal milik China itu masih mengacau mereka dengan membuang kayu di laluan USNS Impeccable sehingga mereka terpaksa memberhentikan kapal itu.

Kita percaya kapal Amerika sedang menjalankan kerja pengintipan kerana kapal itu milik Amerika itu di bawah arahan tentera laut Amerika. Kita juga percaya apa yang dilakukan oleh anak kapal kelima-lima kapal milik China itu pula adalah sebagai mempertahankan hak mereka dari cabaran Amerika.

Mungkin apa yang dilakukan oleh para anak kapal China itu dianggap menyalahi undang-undang maritim antarabangsa dan mungkin juga para anak kapal itu sedar apa yang dilakukan oleh kapal Amerika itu tidak mencabuli kedaulatan Republik Rakyat China, akan tetapi sejak bila pula Amerika tahu menghormati undang-undang antarabangsa?

Bukankah selama ini Amerika sering mengganggu kapal-kapal dagang yang dikenali sebagai pembawa kargo ke destinasi negara yang dimusuhi Amerika, walau pun Amerika tidak mendapat mandat daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu untuk berbuat demikian?

Bukankah selama ini Amerika yang mengajar doktrin 'siapa kuat dialah yang menguatkuasakan undang-undang' tanpa mempedulikan undang-undang maritim antarabangsa?

Para pelaut lima buah kapal milik China itu sekadar mengamalkan doktrin yang diajar oleh Amerika itu.

Oleh itu kenapa pula guru memarahi murid apabila murid mengamalkan ajaran guru?

Nampaknya pada 9 Mac lalu, itulah satu keadaan di mana julung kalinya Amerika mengerti makna peribahasa bertemu buku dengan ruas.

Berita lanjut mengenai peristiwa bersejarah itu boleh dibaca DI SINI.

Isnin, 9 Mac 2009

Salih Yaacob kini beristeri empat?



Sekiranya anda masih belum puas hati membaca berita tentang personaliti tv yang akan berkahwin dengan anak perempuan seorang Tan Sri, sila baca DI SINI.

Tiga terbunuh dan dua diculik lanun di Basilan



Tiga orang anak kapal pukat laut dalam terbunuh sementara dua orang lagi diculik dalam satu serangan lanun di perairan Filipina di luar pantai Basilan dekat Mindanao Khamis lalu.

Sumber laporan polis tidak dapat mengesahkan sama ada dua orang tebusan itu masih hidup. Kapal yang dirampas itu diberitakan ditemui terdampar dan segala peralatan berharga sudah ditanggalkan.

Mayat tiga orang pelaut yang malang itu ditemui terdampar di tepi pantai.

Setakat ini belum ada mana-mana kumpulan yang mengaku bertanggung jawab melakukan serangan itu.

Kisah menyayat hati ini boleh dibaca DI SINI.

Sabtu, 7 Mac 2009

Bukan senang perjuangkan bahasa







Bukan senang berjuang untuk mendaulatkan bahasa sendiri.

Lihatlah apa yang terpaksa dilalui oleh para pejuang bahasa.

Akan tetapi demi masa depan anak bangsa dan demi masa depan negara, segala onak dan ranjau mesti dilalui juga.

Hari ini ialah yang paling bersejarah dalam perjuangan bahasa dan anak bangsa.

Lagi gambar-gambar DI SINI.

Sekali berdemo lebih bermakna



Sesungguhnya sekali berdemo lebih bermakna dan nikmat daripada menulis 40 buah buku!

Khamis, 5 Mac 2009

Kapal penumpang hampir dirampas lanun

Para penumpang sebuah kapal cruise mewah, Balmoral, milik syarikat Fred Olsen menghadapi saat-saat cemas apabila gerombolan lanun Somalia hampir-hampir berjaya merampas kapal itu semasa dalam pelayaran di Teluk Aden.

Kapal cruise yang membawa lebih 1,000 orang warga Britain itu sedang dalam rangka pelayaran percutian selama tiga bulan.

Dua buah bot kecil meluncur laju ke arah Balmoral, dipercayai di bawa oleh gerobolan lanun dalam proses untuk merampas kapal itu.

Nakhoda dan anak kapal berjaya mengambil langkah keselamatan mengelakkan serangan dengan melajukan pergerakan kapal dan menghubungi angkatan laut EU bagi meminta bantuan.

Peristiwa ini boleh dikuti DISINI.

Rabu, 4 Mac 2009

Ambil buku di stor PTS yang baru



Saya mendapat hari kelepasan hari ini. Selepas selesai beberapa urusan, saya pun mengirimkan pesanan SMS kepada Cik Syikin dari PTS Millennia, bertanya sama ada saya boleh mengambil writers copies buku terbaru yang saya karang bersama Zamri.

Beliau menelefon saya mengatakan buku itu baru masuk stor semalam. Maka saya kata, "Baguslah. Bolehlah saya ke sana."

Semasa saya sudah dalam perjalanan dan melintasi pekan Sentul, beliau menelefon lagi mengatakan lori yang akan menghantar buku itu ke stor baru sahaja keluar dari premis pencetak, bukan semalam.

Saya kata, "Tak apa, saya boleh tunggu di sana sebab saya ada masa menunggu hari ini."

Beliau mengirimkan alamat baru stor PTS yang baru di Dolomite Business Park. Semasa tiba di tingkat mezzanin stor PTS saya bertemu dengan Tuan Osman Affan yang kebetulan sedang menunggu buku-buku yang beliau pesan.

Sempat juga bertukar-tukar maklumat tentang perkembangan penulisan masing-masing serta tentang pasaran latihan. Alhamdulillah, perniagaan latihan beliau sedang berkembang pesat. Beliau akan sentiasa on the road dalam masa seminggu dua nanti kerana memenuhi jemputan sekolah-sekolah untuk mencurahkan kepakaran beliau mengenai teknik belajar kepada para pelajar sekolah.

Setelah saya mengambil buku-buku saya (gambar di atas) saya turun dan sekali terserempak dengan Tuan Osman yang menganbil buku-buku beliau dan memuatkan ke dalam kereta beliau. Saya perhatikan kereta beliau bukan calang-calang kenderaan - Toyota Hilux.

Waduh, Tuan Osman! Teruskan usaha gigih tuan. Semoga usaha niaga tuan bertambah maju dan kembang. Seorang lagi anak bangsa yang sedang menuju mercu kejayaan. Syukur.

Selepas episod di stor PTS yang baru ini saya mendapat semangat baru untuk menceburi bidang latihan, kerana ingin berjaya seperti Tuan Osman Affan juga.

Selasa, 3 Mac 2009

Mesyuarat di bawah pokok

Setelah membaca mengenai peristiwa yang berlaku di negeri Perak hari ini, terlintas di fikiran saya mengenai filem Laksamana Do Re Mi yang begitu mencuit hati saya sejak dahulu hingga sekarang.

Sewaktu di pejabat pun saya berbincang dengan seorang kawan sekerja mengenai cerita ini dan sangkut pautnya dengan perkembangan politik di Perak hari ini, kami tidak kering gusi akibatnya.

Saya cuba search dalam youtube untuk mencari episod filem itu. Ada juga beberapa blog yang menyebut tentang filem arahan Allahyarham P Ramlee itu. Jadi berpandukan tajuk yang dipaparkan di blog Pinkturtle, saya berjaya menemui episod itu di youtube. Maka dapatlah saya menyalinkan embed episod ini.

Selamat menonton!