Ahad, 22 Mac 2009

Kerapu pujaan pemancing




Entri saya kali ini masih menceritakan serba sedikit tentang ikan yang sangat disukai oleh para pemancing, dan juga oleh para peminat ikan, iaitu ikan kerapu.

Sebut sahaja ikan kerapu, saya percaya ramai pengail yang akan menceritakan pengalaman mereka bertarung sebelum menaikkan menaikkan ikan kerapu. Memang pengalaman bertarung dengan kerapu sungguh mengasyikkan semua golongan pengail, tidak kira sama ada dia seorang pengail lama yang hardcore dan otai, atau pun seorang amatur yang baru mula membeli sebatang joran dan sebuah kekili pancing laut.

Kalau masa menarik ikan itu, ada kawan yang menghulurkan wang RM50.00 agar kita memberikan joran supaya dia dapat bertarung menggantikan kita, tentu sahaja kita tidak hairan dengan RM50.00 itu walau pun mungkin dengan duit itu kita sudah boleh menjelaskan hutang kita yang sudah lapuk!

Bagi para pemakan ikan pula, mereka sudah tidak asing lagi dengan ikan kerapu masak masam manis atau tiga rasa.

Oh ya, jangan lupa. Sekiranya anda memesan ikan kerapa masak steam (kukus) nanti, jangan lekas nak merungut atau memarahi pelayan restoran/warung itu apabila pesanan anda lambat dihidangkan.

Kenapa? Ikan kerapu ini mesti dikukus sekurang-kurangnya 15 minit baru sedap dimakan. Kalau belum sampai 15 minit, ketahuilah bahawa ikan kerapu itu masih belum dikira masak kukus, tetapi masih di tahap sushi!

4 ulasan:

speedrider berkata...

tak dinafikan, struktur isi kerapu memang unik sebab ia berulas. sedap pulak tu. dan yang paling best masa menaikkan ikan kerapu ni, walaupun 500gm, rasanya kadang2 macam menaikkan ikan 2 kilo lebih disebabkan mulutnya akan terbuka luas sewaktu ditarik. kalau penaik kertang... sendiri mau ingat ler.. hehehehe

Imran Yusof berkata...

Sdr Speedrider,

Saya pernah beberapa kali 'menikmati' keseronokan menaikkan kerapu di perairan Selat Melaka.

Memang tidak mudah dilupakan.

MyNurinShop Online (001922115-V) berkata...

salam..
selalu dpt kerapu saiz sederhana je.. tu pun mancing kt kelong.. plg besar dkt 2kg je tupun g laut dlm dkt pelantar myk T'ganu.. maybe belum rezeki dpt yg besar2...hi..hu..hu..

Imran Yusof berkata...

Sdr Kaki Pancing,

Itulah yang dinamakan rezeki pengail.

Ada waktu lumayan, ada waktu kurang.. tetapi pancing tetap pancing..!!