Lima buah kapal milik China dilaporkan mengganggu kapal pengkaji (
survey ship) milik Amerika di Laut China Selatan pada 9 Mac lalu.
Kapal
USNS Impeccable milik Amerika itu dikatakan sedang menjalankan kerja kajian samudera 70 batu nautika dari Pulau Hainan apabila lima buah kapal milik China itu dikatakan mengganggu dan mengacau kapal Amerika.
Anak kapal Amerika itu kemudiannya menyembur air melalui paip pemadam api sebagai langkah mempertahankan diri. Akan tetapi kapal milik China itu masih mengacau mereka dengan membuang kayu di laluan USNS Impeccable sehingga mereka terpaksa memberhentikan kapal itu.
Kita percaya kapal Amerika sedang menjalankan kerja pengintipan kerana kapal itu milik Amerika itu di bawah arahan tentera laut Amerika. Kita juga percaya apa yang dilakukan oleh anak kapal kelima-lima kapal milik China itu pula adalah sebagai mempertahankan hak mereka dari cabaran Amerika.
Mungkin apa yang dilakukan oleh para anak kapal China itu dianggap menyalahi undang-undang maritim antarabangsa dan mungkin juga para anak kapal itu sedar apa yang dilakukan oleh kapal Amerika itu tidak mencabuli kedaulatan Republik Rakyat China, akan tetapi sejak bila pula Amerika tahu menghormati undang-undang antarabangsa?
Bukankah selama ini Amerika sering mengganggu kapal-kapal dagang yang dikenali sebagai pembawa kargo ke destinasi negara yang dimusuhi Amerika, walau pun Amerika tidak mendapat mandat daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu untuk berbuat demikian?
Bukankah selama ini Amerika yang mengajar doktrin 'siapa kuat dialah yang menguatkuasakan undang-undang' tanpa mempedulikan undang-undang maritim antarabangsa?
Para pelaut lima buah kapal milik China itu sekadar mengamalkan doktrin yang diajar oleh Amerika itu.
Oleh itu kenapa pula guru memarahi murid apabila murid mengamalkan ajaran guru?
Nampaknya pada 9 Mac lalu, itulah satu keadaan di mana julung kalinya Amerika mengerti makna peribahasa
bertemu buku dengan ruas.
Berita lanjut mengenai peristiwa bersejarah itu boleh dibaca
DI SINI.
0 ulasan:
Catat Ulasan