Memaparkan catatan dengan label IMB Piracy Reporting Centre. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label IMB Piracy Reporting Centre. Papar semua catatan

Rabu, 29 September 2010

Angkatan laut swasta bagi memerangi lanun?



Syarikat insuran berhasrat menubuhkan angakatan laut swasta bagi memerangi lanun di perairan Somalia dan Teluk Aden.

Mengikut statistik, pada tahun 2009 dan 2010 syarikat insuran maritim telah membayar tuntutan ganti rugi dari syarikat perkapalan sebanyak USD300 juta.

Pada tahun ini sahaja, jumlah serangan lanun ialah 123 serangan, manakala kes rampasan pula berjumlah 33 kes.

Ahad, 22 Mac 2009

IMB Piracy Reporting Centre di Kuala Lumpur



Pusat Melaporkan Kegiatan Lanun (Piracy Reporting Centre, PRC), Kuala Lumpur ialah sebuah pusat maklumat yang dibuka 24 jam sehari yang telah ditubuhkan oleh Biro Maritim Antarabangsa (International Maritime Bureau, IMB).

Pusat maklumat ini dijadikan sebagai pusat yang menerima laporan semua kegiatan lanun dan kejadian rompakan bersenjata.

PRC ini dibiayai oleh sumbangan dari pelbagai pihak dalam industri perkapalan di seluruh dunia dan memberikan khidmat percuma kepada semua kapal, tidak kira siapa pemiliknya.

Khidmat utama PRC ialah menerima laporan dari kapal mengenai pergerakan kapal atau bot yang mencurigakan dan juga serangan lanun dan rompakan bersenjata. Sebaik sahaja menerima laporan tersebut, PRC akan menyampaikan laporan tersebut kepada semua kapal-kapal lain serta agensi penguat kuasa undang-undang yang berada di sekitar kawasan serangan atau rompakan itu.

Selain itu, PRC juga menyiarkan laporan perkembangan serangan lanun dan rompakan bersenjata melalui siaran berkala menggunakan INMARSAT-C melalui perkhidmatan SafetyNET. (Pihak pemilik kapal juga boleh mendapatkan laporan tersebut dengan menghubungi IMB).

Kesemua laporan yang diterima oleh pihak PRC dikumpul dan dianalisa untuk memenuhi permintaan dari pelbagai pihak seperti Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO).

ICC INTERNATIONAL MARITIME BUREAU
P.O. BOX 12559
50782 KUALA LUMPUR
MALAYSIA .
Laman web: http://www.icc-ccs.org/imb/overview.php

Talian Bantuan Anti Piracy Helpline:
Tel.: +603 2031 0014
Faks: +603 2078 5769
E-mel: imbkl@icc-ccs.org

Pusat Melaporkan Kegiatan Lanun:
Laman web: http://www.icc-ccs.org/prc/overview.php

Perkhidmatan PRC boleh diperolehi oleh semua pihak dalam industry perkapalan 24 jam sehari dan 365 hari setahun.