Ahad, 17 Ogos 2008

Gambar di Book Talk di MPH Alamanda






Alhamdulillah, saya berjaya memberikan book talk di MPH Alamanda.

Selepas saya bercakap, puisi 'Untukmu Pelaut' di deklamasi oleh seorang deklamator yang diundang khas (anak saya, Muhammad Adham).

Turut serta memberi sokongan ialah Tuan Zamri Mohamad, rakan penulis yang terkenal di PTS. Sempat kami berkongsi beberapa idea mengenai book talk dan penulisan.

Entri blog beliau juga menyebut tentang book talk itu DI SINI.

Penghargaan kepada Sifu Puan Ainon kerana entri di UNIKA.

Tidak ketinggalan anak isteri saya. Kali ini book talk bagi "Meredah Samudera" dan di program yang akan datang mungkinkah "Di Bawah Payung Aishah" atau "Travelog Sudan" pula?

Terima kasih dan penghargaan tidak terhingga untuk pihak MPH Alamanda yang memberikan slot untuk saya dan untuk team PTS yang menjadualkan ruangan book talk untuk saya.

Semoga bertemu lagi di program book talk dan author signing yang akan datang.

[Nota akhir: banner/banting ini ditempah khas untuk book talk "Meredah Samudera" dan tentunya boleh 'dikitar semula.']

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum...
Tahniah Tuan kerana berjaya melawan rasa malu dengan menampilkan diri dalam acara booktalk ini. Semoga booktalk ini menjadi tempat bermulanya promosi Tuan dengan cara menampilkan diri di khalayak. Kami di PTS cuba sedaya upaya untuk mengetengahkan penulis bagi membina nama penulis di mata pembaca. Selepas ini kita cuba buku poligami pula ya. Saya percaya Tuan akan dijadikan tempat rujukan untuk orang yang hendak berpoligami dan yang menjadi mangsa poligami.

Imran Yusuf berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Imran Yusuf berkata...

Alaikumsalam Cik Rozita,

Terima kasih kerana memberi peluang untuk saya menyertai program book talk itu.

Perjalanan seribu kilometer dimulakan dengan langkah yang pertama.

Cuma tentang poligami, untuk menjadi tempat rujukan, saya perlu terlebih dahulu melepasi 'tahap sarjana' dan memasuki 'tahap pengamal',... barulah dikira ada wibawa. :)