Jumaat, 8 Ogos 2008

Selat Turki Laluan Penting dan Bersejarah









Kapal-kapal yang berulang-alik dari Laut Aegean dan Laut Hitam perlu melalui dua selat yang dikuasai Turki, iaitu Selat Dardanelles (Selat Canakkale) dan Selat Bosphorus. laluan ini adalah antara laluan maritim yang paling strategik dan terpenting di dunia.

Sejarah membuktikan hakikat ini kerana banyak konflik dan peperangan telah berlaku di antara pihak yang mempunyai kepentingan terhadap laluan ini.

Kalau zaman dahulu, Perang Trojan berlaku kerana perebutan laluan ini, maka ketika Perang Dunia Pertama, Selat Dardanalles terkenal dengan pertempuran di antara pihak tentera Turki dan pakatan pihak barat, Britain, Australia dan New Zealand. Perang Gallipoli mengorbankan beratus ribu tentera di kedua belah pihak.

Walau pun pihak barat berbangga dengan kematian askar mereka yang lebih rendah dibandingkan kematian di pihak Turki, akan tetapi apabila dilihat kepada hasil peperangan itu, maka jelas kepada kita pihak Turki berjaya mempertahankan tanah air mereka, sekali gus menebus maruah orang-orang Islam.

Berbulan-bulan lamanya pihak barat menempatkan bala tentera mereka di Gallipoli, tetapi akhirnya mereka terpaksa berundur juga dengan maruah yang tercalar di samping mengorbankan ramai anggota tentera mereka.

0 ulasan: