Memaparkan catatan dengan label MPH Alamanda. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MPH Alamanda. Papar semua catatan

Sabtu, 20 Jun 2009

Sekitar Book Talk 20 Jun 2009

Alhamdulillah, pada hari Sabtu, 20 Jun 2009, saya berpeluang berada di MPH Alamanda untuk sesi Book Talk bagi mempromosi buku Bagaikan Khadijah Di Hati Rasulullah, karangan bersama saya dan Tuan Zamri Mohamad.

Walau pun waktu tengah bulan (baca gaji belum terima lagi...), namun sambutan pembaca amat menggalakkan.

Sesi ceramah sering sahaja ditangguhkan demi memberi peluang pembeli mendapatkan tanda tangan. Pelanggan perempuan dan lelaki berumur sekitar 30'an dan kebanyakannya telah berumah tangga.

Terima kasih kepada semua pembeli serta pengunjung yang membelek buku tetapi belum membeli lagi. Sokongan semua amat dihargai, terutama sekali pihak MPH Alamanda, Putrajaya yang sudi menjemput saya bagi sesi book talk dan Tuan Shakir yang mewakili pihak PTS.

Berikut ialah beberapa gambar yang sempat dirakam oleh anak saya, Imah.





























Ahad, 17 Ogos 2008

Gambar di Book Talk di MPH Alamanda






Alhamdulillah, saya berjaya memberikan book talk di MPH Alamanda.

Selepas saya bercakap, puisi 'Untukmu Pelaut' di deklamasi oleh seorang deklamator yang diundang khas (anak saya, Muhammad Adham).

Turut serta memberi sokongan ialah Tuan Zamri Mohamad, rakan penulis yang terkenal di PTS. Sempat kami berkongsi beberapa idea mengenai book talk dan penulisan.

Entri blog beliau juga menyebut tentang book talk itu DI SINI.

Penghargaan kepada Sifu Puan Ainon kerana entri di UNIKA.

Tidak ketinggalan anak isteri saya. Kali ini book talk bagi "Meredah Samudera" dan di program yang akan datang mungkinkah "Di Bawah Payung Aishah" atau "Travelog Sudan" pula?

Terima kasih dan penghargaan tidak terhingga untuk pihak MPH Alamanda yang memberikan slot untuk saya dan untuk team PTS yang menjadualkan ruangan book talk untuk saya.

Semoga bertemu lagi di program book talk dan author signing yang akan datang.

[Nota akhir: banner/banting ini ditempah khas untuk book talk "Meredah Samudera" dan tentunya boleh 'dikitar semula.']