Jumaat, 3 Februari 2006

Buah Getah di UiTM



Setelah selesai solat, semasa singgah di waktu Asar di Pusat Islam UiTM, saya terpandang buah getah bertaburan di atas tangga di tebing di tepi bukit.

Teringat saya akan pelajaran Ilmu Alam semasa sekolah rendah dahulu, tentang getah yang berasal dari Brazil di bawah ke Tanah Melayu dan kemudian menjadi salah satu sumber pendapatan penduduk di negara ini.

Tetapi hari ini ianya tumbuh liar di pingir masjid di sebuah IPTA di Lembah Kelang. Sebagai tanda ingatan saya mengambil beberapa keping gambar untuk tatapan kita bersama.(alang bidara - 3/2/2006).

0 ulasan: