Saya dan isteri saya menghantar anak saya ke pejabat tempat dia mengikuti latihan praktikal UiTM di sebuah syarikat logistik di Pelabuhan Kelang, pagi tadi.
Lalu lintas bergerak lancar. Malah di exit Hicom di Highway Kesas dari arah Pelabuhan Barat, yang lazimnya sesak pada waktu pagi kelihatan lengang sahaja.
Di dalam perjalanan balik pula laluan dari Pelabuhan Utara ke Pelabuhan Selatan, jambatan yang melintasi sungai juga lengang.
Namun saya percaya keadaan ini akan bertukar wajah kepada keadaan di hari-hari sebelum cuti dulu. (alang bidara - 2/2/2006)
0 ulasan:
Catat Ulasan