Ahad, 5 Februari 2006

"Memburu" ERL di Waktu Senja





Hari sudah hampir senja bila saya memandu merentas jejambat ERL berhampiran Bukit Expo, Universiti Putra Malaysia.

Saya dapati lampu isyarat di tepi landasan tersebut berwarna hijau. Ini dah tentu keretapi ERL dari arah KLIA ke KL Sentral.

Saya cepat-cepat berhenti di tepi jejambat tersebut. Kamera digital saya buka lensa, on battery, siap!

Saya bergegas keluar dari kereta sambil membimbit kamera.

Kedengaran "desiran" enjin pacuan kuasa elektrik ERL dari arah Putrajaya.

Saya angkat kamera dan menekan punat snap gambar ERL dan dengan secepat yang mungkin berlari melintas jalan untuk mengambil gambar dari arah belakangnya pula.

Em, bukan senang nak ambil gambar ERL yang bergerak pantas itu.

Kalau tergugup sedikit sahaja, saya sudah tentu dapat mengambil gambar landasan yang kosong tanpa keretapi! (alang bidara - 6/2/2006).

0 ulasan: