Memaparkan catatan dengan label Kucing. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kucing. Papar semua catatan

Isnin, 17 Disember 2007

Rakun yang singgah sekejap




Seekur kucing kecil telah datang ke rumah saya semasa saya memberi makan Lego dan Putih. Anak kucing itu kecil dan kurus sekali, sehingga saya dapat rasakan tubuhnya yang ringan serta tulang rusuknya yang berselirat.

Anak-anak saya dan saya merasa kasihan sekali kepada kucing itu. Hanisah menamakan dia Rakun, kerana bentuk telinganya seperti seekor binatang jenis racoon.

Kami beri dia makan ikan dan nasi yang sama yang kami berikan Lego dan Putih. Selama hampir dua minggu dia datang makan ketika kami memberi Lego dan Putih makan.

Tetapi setelah seminggu berlalu Putih sering mengganggu Rakun makan. Puas kami 'halau' Putih apabila dia sering ganggu Rakun makan.

Pada suatu hari Rakun tidak datang lagi ketika makan tengah hari. Kami tunggu dia di waktu petang pula. Masih tidak datang.

Setelah dua hari Rakun tidak datang, maka kami pun menerima hakikat yang dia sudah tidak akan datang lagi.

Demikianlah kisah Rakun yang membuat kami sedih apabila mengenangkan tubuhnya yang kurus itu .

Dia datang mengharapkan belas kasihan menumpang makan, tetapi kerana gangguan Putih, dia telah pergi dan tidak mahu datang lagi.

Khamis, 29 November 2007

Kucing dan 100 Nada Vokal



Antara fakta menarik mengenai kucing ialah binatang yang menjadi kesayangan ramai orang ini mempunyai lebih 100 nada vokal (bunyi).

Tidak hairanlah apabila kucing 'bergaduh' kita dapat dengar berbagai bunyi yang berbeza-beza nadanya: ada tinggi dan ada rendah; ada mengiau tetapi nada ngiau yang berbeza-beza.

Manakala apabila anjing 'membuat bising' bunyi seperti beberapa nada sahaja, kerana dikatakan anjing ada hanya sepuluh nada vokal sahaja.

Selasa, 27 November 2007

Putih







Kucing ini kami berikan nama "Putih" kerana bulunya berwarna putih.

Kira-kira sebulan lepas semasa anak saya, Hanisah pulang ke rumah, seekor kucing berwarna putih temah mengikutnya pulang ke rumah.

Semasa saya duduk di muka pintu kucing kelihatan jinak sekali dan masuk ke dalam rumah. Saya ambil kucing itu dan meribanya. Tiba-tiba dia membengkokkan badannya seolah-olah berada dalam kesakitan.

"Mungkinkah kucing ini hendak beranak?" tanya saya kepada isteri saya.

"Yalah, bang mungkin dia nak beranak. Nampak sarat saja perutnya."

Saya mengambil kotak dan beberapa helai kain dan meletakkan kucing itu ke dalam kotak itu ke sudut di depan rumah.

Memang betul, dia menahan kesakitan beranak. Tidak lama lepas itu dia beranak. Tiga ekor anak. Hanisah menelefon kawannya yang sukakan kucing, mengatakan seekor kucing ikutnya balik dan beranak di rumah kami. Kawan Hanisah kata, "Jauhkan anak-anak kucing itu dari Lego, sebab mungkin Lego akan membunuh anak kucing itu."

(..bersambung..)

Lego







Kucing ini kami namakan Lego.

Anak lelaki saya yang berumur lima tahun sukakan binatang. Pada suatu hari beberapa bulan yang lalu semasa pergi membeli barang-barang keperluan di sebuah kedai runcit, anak saya hendak mengambil seekor anak kucing yang memang selalu bermain-main di kedai itu.

Tentunya anak kucing dibuang oleh tuannya kerana misainya dipotong pendek. Kata orang jika membuang kucing dan supaya ia tidak jumpa mencari jalan pulang hendaklah dipotong misainya.

Pembantu kedai itu berkata. "Jika Naim suka, ambillah kucing itu."

Apa lagi, tersangat gembiralah Naim. Kami bawa pulang anak kucing itu. Oleh kerana bulunya berwarna hitam Naim memanggil anak kucing itu dengan gelaran "Negro." Tetapi pada ketika itu Naim masih 'pelat' percakapannya, maka bunyinya "Lego."

Sehingga ke hari ini, kami panggil "Lego."

Kami beri dia makan 'whiskas' serta ikan kembung kecil yang direbus tawar. Mungkin disebabkan makan ikan rebus tawar, maka bulunya hitam berkilat.

Dia memang manja dengan Naim, Imah (kakak Naim) dan saya. Bila saya pulang dari kerja dia akan berkejar kepada saya. Saya akan angkat dan gosok badannya dahulu.

Jikalau saya terlewat pulang, isteri saya kata Lego duduk di tempat letak kereta, seolah-olah "menanti kepulangan" saya.