Selasa, 27 November 2007

Lego







Kucing ini kami namakan Lego.

Anak lelaki saya yang berumur lima tahun sukakan binatang. Pada suatu hari beberapa bulan yang lalu semasa pergi membeli barang-barang keperluan di sebuah kedai runcit, anak saya hendak mengambil seekor anak kucing yang memang selalu bermain-main di kedai itu.

Tentunya anak kucing dibuang oleh tuannya kerana misainya dipotong pendek. Kata orang jika membuang kucing dan supaya ia tidak jumpa mencari jalan pulang hendaklah dipotong misainya.

Pembantu kedai itu berkata. "Jika Naim suka, ambillah kucing itu."

Apa lagi, tersangat gembiralah Naim. Kami bawa pulang anak kucing itu. Oleh kerana bulunya berwarna hitam Naim memanggil anak kucing itu dengan gelaran "Negro." Tetapi pada ketika itu Naim masih 'pelat' percakapannya, maka bunyinya "Lego."

Sehingga ke hari ini, kami panggil "Lego."

Kami beri dia makan 'whiskas' serta ikan kembung kecil yang direbus tawar. Mungkin disebabkan makan ikan rebus tawar, maka bulunya hitam berkilat.

Dia memang manja dengan Naim, Imah (kakak Naim) dan saya. Bila saya pulang dari kerja dia akan berkejar kepada saya. Saya akan angkat dan gosok badannya dahulu.

Jikalau saya terlewat pulang, isteri saya kata Lego duduk di tempat letak kereta, seolah-olah "menanti kepulangan" saya.

0 ulasan: