Seekur kucing kecil telah datang ke rumah saya semasa saya memberi makan Lego dan Putih. Anak kucing itu kecil dan kurus sekali, sehingga saya dapat rasakan tubuhnya yang ringan serta tulang rusuknya yang berselirat.
Anak-anak saya dan saya merasa kasihan sekali kepada kucing itu. Hanisah menamakan dia Rakun, kerana bentuk telinganya seperti seekor binatang jenis racoon.
Kami beri dia makan ikan dan nasi yang sama yang kami berikan Lego dan Putih. Selama hampir dua minggu dia datang makan ketika kami memberi Lego dan Putih makan.
Tetapi setelah seminggu berlalu Putih sering mengganggu Rakun makan. Puas kami 'halau' Putih apabila dia sering ganggu Rakun makan.
Pada suatu hari Rakun tidak datang lagi ketika makan tengah hari. Kami tunggu dia di waktu petang pula. Masih tidak datang.
Setelah dua hari Rakun tidak datang, maka kami pun menerima hakikat yang dia sudah tidak akan datang lagi.
Demikianlah kisah Rakun yang membuat kami sedih apabila mengenangkan tubuhnya yang kurus itu .
Dia datang mengharapkan belas kasihan menumpang makan, tetapi kerana gangguan Putih, dia telah pergi dan tidak mahu datang lagi.
1 ulasan:
putih 2 mmg jht pon....padan muke die sakit mata...kesian rakun... :(
Catat Ulasan