Jumaat, 20 Jun 2008

NVOCC tidak punya kapal tetapi menjalankan operasi perkapalan

Apabila kita bercakap tentang operasi kapal dagang, mungkin ramai yang
berpendapat, sesebuah syarikat itu perlu memiliki kapal dagang untuk
menyediakan khidmat kapal dagang.

Akan tetapi sebenarnya sesebuah syarikat, malah individu tidak
semestinya memiliki kapal untuk menjalankan bisnes kapal dagang.

Syarikat yang beroperasi secara Non-Vessel Owning Common Carrrier
atau NVOCC boleh menjalankan khidmat pengangkutan perkapalan dengan
menyewa ruang di kapal-kapal dagang kepunyaan orang atau syarikat
lain. Syarikat NVOCC ini adalah satu bentuk freight forwarder maritim.

Lazimnya syarikat yang kecil dan sederhana menggunakan khidmat NVOCC
kerana mereka NVOCC ada menyediakan khidmat pengangkutan barang atau
kargo yang sedikit jumlahnya. Sesebuah syarikat NVOCC akan mengumpul
barangan yang sedkit dari beberapa banyak pelanggan sehingga penuhlah
satu kontena yang digelar Less Container Load (LCL).

Hari ini antara syarikat NVOCC yang terbesar ialah IAL, VHF dan DHL Global Forwarding. Pos Malaysia juga boleh dianggap sebagai sebuah syarikat bertaraf NVOCC.

Sesungguhnya khidmat LCL yang disedikan oleh pihak NVOCC amat
bermanfaat serta berguna kepada para usahawan bertaraf industri kecil
dan sederhana (SMI).

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam.

adakah kontena nasional juga sebuah NVOCC? saya nak tahu dgn lebih lanjut apa beza Carrier-owned container (COC) dgn Shipper-owned container (SOC) serta contoh2nya. Apakah "carrier" berbeza dgn "shipper"? semua ini mengelirukan saya.

saya sedang menyiapkan satu dokumen untuk satu shipping line company di Malaysia. Terima kasih tidak terhingga kerana mengadakan blog yg unik ini. wassalam.

kassorga@yahoo.com

Imran Yusuf berkata...

Sdr Tanpa Nama,

Adakah KN sebuah syarikat NVOCC? Jawapan ringkas mengikut definisi tulisan saya ini, Ya! dari satu segi KN NVOCC. Akan tetapi KN mempunyai angkatan prome movers dan kontena, serta KN juga sedang bergerak ke arah mewujudkan logistics hub. Kalau boleh direka istilah baru, bolehlah kita takrifkan KN sebagai NVOLC (NVO Logistics Company)..!!

Carrier-owned-container bererti kontena itu dipunyai oleh syarikat kapal, manakala SOC pula dipunyai oleh pelanggan syarikat kapal itu.

Sebagai contoh sekiranya kontena kepunyaan MISC Berhad itu dibawa di atas kapal MISC maka kontena itu COC, manakala jika sesuatu kontena itu kepunyaan, contohnya syarikat Gula Prai dan diisi kargo kepunyaan Gula Prai juga (pelanggan kepada MISC) dan dibawa di kapal MISC Bhd, maka kontena itu dipanggil SOC (Shippers-own-container).

Implikasinya, bagi sesebuah syarikat perkapalan, membawa SOC adalah perniagaan paling mudah, kerana syarikat kapal cuma terima kontena itu dan hantar sahaja ke destinasi mengikut Bill of Lading (B/L). Sedangkan kalau kontena COC, maka banyaklah karenahnya: bila pelanggan nak ekspot kargo, syarikat kapal hantar kontena dan pelanggan isi kargo. Pelanggan panggil syarikat kapal untuk angkut kontena dari premis pelanggan dan hantar pelabuhan dan muat ke dalam kapal. Apabila sampai di destinasi, syarikat kapal akan hantar kontena kepada penerima (consignee). Penerima keluarkan kargo dan mereka panggil syarikat kapal untuk ambil balik kontena dari premis penerima tadi. Syarikat kapal ambil kontena itu dan hantar ke pelabuhan atau depot simpan kontena. Kena bayar sewa simpan. Macam-macam hal.

Kalau SOC, syarikat terima kontena yang siap diisi kargo oleh shipper, bawa ke pelabuhan dan muat ke dalam kapal. Sebaik sahaja sampai di destinasi, syarikat kapal hantar kontena berisi kargo itu ke premis penerima. Dan selesai di situ saja. Tak perlu datang ambil kontena kosong atau bayar sewa simoan kontena di depot.

Begitulah lebih kurang. Terima kasih Sdr Tanpa Nama kerana memberi peluang saya menjawab soalan Sdr. Wassalam.

Tanpa Nama berkata...

What a quick response! Thanks so much Pelaut Imran for your time and lengthy answer. You really make my day.

Fuh! Akhirnya baru faham COC vs SOC sejelas2nya. Akan saya nyatakan alamat blog ni pada "source of reference" dalam dokumen saya.

Saya dah pun favoritekan blog ni dalam browser saya. I'm starting to follow your blog esp. the exciting stories about lanun. Plus I am always attracted to the sea....

wassalam. Nama saya Shahrul. Nice 'meeting' you.

Imran Yusuf berkata...

Terima kasih kembali Tuan Shahrul, semoga kehadiran tuan memeriahkan lagi blog ini.