Khamis, 27 Disember 2007

Benazir Bhutto mati dibunuh

Satu berita mengejutkan hari ini ialah menganai kematian bekas Perdana Menteri Pakistan Benazir Bhutto, dalam serangan bom ketika rapat umum kempen pilihanraya negara itu.

Diberitakan 20 orang lain yang berada berhampiran tempat kejadian turut mati terbunuh dalam letupan bom yang tentunya kuat sehingga memakan begitu banyak korban.

Begitu ganas sekali kempen pilihanraya negara itu kali ini. Ahli politik dari kalangan wanita pun dibunuh secara demikian rupa.

Tetapi sebelum ini kita baca tentang askar diperalatkan menyerang sebuah masjid sehinggakan mengorbankan beratus-ratus orang pelajar madrasah masjid itu, guru-guru, kanak-kanak dan wanita.

Nampaknya Musharraf semakin ganas dan bertindak seperti seorang yang desperate.

Tentunya pihak barat gembira sekiranya negara umat Islam itu menjadi huru-hara.

Isnin, 17 Disember 2007

Rakun yang singgah sekejap




Seekur kucing kecil telah datang ke rumah saya semasa saya memberi makan Lego dan Putih. Anak kucing itu kecil dan kurus sekali, sehingga saya dapat rasakan tubuhnya yang ringan serta tulang rusuknya yang berselirat.

Anak-anak saya dan saya merasa kasihan sekali kepada kucing itu. Hanisah menamakan dia Rakun, kerana bentuk telinganya seperti seekor binatang jenis racoon.

Kami beri dia makan ikan dan nasi yang sama yang kami berikan Lego dan Putih. Selama hampir dua minggu dia datang makan ketika kami memberi Lego dan Putih makan.

Tetapi setelah seminggu berlalu Putih sering mengganggu Rakun makan. Puas kami 'halau' Putih apabila dia sering ganggu Rakun makan.

Pada suatu hari Rakun tidak datang lagi ketika makan tengah hari. Kami tunggu dia di waktu petang pula. Masih tidak datang.

Setelah dua hari Rakun tidak datang, maka kami pun menerima hakikat yang dia sudah tidak akan datang lagi.

Demikianlah kisah Rakun yang membuat kami sedih apabila mengenangkan tubuhnya yang kurus itu .

Dia datang mengharapkan belas kasihan menumpang makan, tetapi kerana gangguan Putih, dia telah pergi dan tidak mahu datang lagi.

Selasa, 11 Disember 2007

Kosovo merdeka 2008?

Rakyat Kosovo telah keluar beramai-ramai ke jalan raya di ibu negara Pristina mengadakan tunjuk perasaan menuntut pemimpin mereka mengisytiharkan kemerdekaan negara itu seberapa segera.

Pemimpin Kosovo berkata negara itu berhasrat mengisytihar merdeka sebelum bulan Mei 2008.

Britain, Perancis, Germany dan Itali bersama Amerika menyokong Kosovo merdeka, tetapi sekutu Serbia, iaitu Russia membantah.

Sementara itu empat negara EU iaitu Cyprus, Greece, Slovakia and Sepanyol tidak bersedia mengiktiraf Kosovo merdeka. Adalah dipercayai mereka teragak-agak berbuat demikian kerana bimbang dengan persetujuan mereka dengan Kosovo merdeka akan kumpulan pemisah di negara masing-masing.

Kita menunggu denga penuh minat perkembangan di Kosovo, kerana apa yang berlaku di Bosnia di tahun 90'an dulu seperti mungkin berlaku juga di Kosovo.

Sabtu, 8 Disember 2007

Presiden Amerika Amalkan Poligami?

Salah seorang bakal calon presiden Amerika dari parti Republican ialah cucu kepada seorang pengamal poligami. Mantan gabenor Massachusetts, Mitt Romney, ialah seorang Kristian dari puak Mormon yang terkenal sebagai pengamal poligami.

Walaupun dia dikatakan tidak berpoligami, namun kisah poligami diperbesarkan dengan tujuan mengurangkan sokongan rakyat kepada Encik Romney. Perkara ini menjadi senjata mengalahkan beliau yang digunakan oleh seorang lagi bakal calon presiden, Mike Huckabee.

Encik Huckabee telah mencabar Encik Romney berdebat dalam isu agama, yang dikatakan bertujuan memerangkap Romney di khalayak. Huckabee menyangka Romney akan terus berdiam diri dan tidak berani menyahut cabaran itu.

Namun mungkin disebabkan Romney lihat sokongan terhadap Huckabee meningkat, dan seterusnya memalapkan peluang Romney maka beliau akhirnya manyahut cabaran debat itu.

Tentunya jika Encik Romney terpilih sebagai calon presiden bagi parti Republican, maka Amerika semakin hampir ditadbir oleh seorang individu yang pro-poligami.

Sememangnya perkara ini akan melakar sejarah baru di negara yang amat berpengaruh di dunia ketika ini.

Khamis, 6 Disember 2007

Rindu Kuning Masih Di Sini




Kuning
kuingin bersamamu
memetik bintang
rindukan keadilan

Kuning
kuingin yang bersih
menyapu awan
dan mega gelap

Kuning
rindu masih di sini
menanti suatu
keamanan
dan kesejahteraan.